𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗥𝗠𝟰𝟬𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡, 𝗧𝗨𝗡 𝗠 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱





✍️ Ahmad Mursi


1.  Selepas Yahoo Finance dedah kekayaan Mahathir RM40 bilion, TunM heret pakcik² pencen yang dok berehat untuk jadi 'bala tentera politik' TunM.


2.  Dia jual cerita kononnya Perjanjian ART 2025 sebabkan “Malaysia hilang kemerdekaan dan ditakluk oleh Amerika”.


3.  Adakah ART tiada langsung ‘exit clause’? ADA. Artikel 7.5 jelas Malaysia boleh tarik diri secara UNILATERAL dengan notis bertulis enam bulan. 


4.  Lepas keluar, semua komitmen ART batal. Tak perlu lagi beri layanan khas kepada syarikat US. Perdagangan kembali kepada peraturan tarif asal yang Trump paksakan kepada seluruh dunia. 


5.  Itu bukan bebas merdeka ke? tak suka, hantar notis, keluar, tutup cerita. Ini bukan 'janji setia hingga mati' seperti yang Mahathir gambarkan.


6.  Sesiapa pun tak suka sign perjanjian seperti ni tapi apa pilihan yang ada untuk 'stop bleeding' dari tarif 24% Trump ke atas RM200bil export kita? Ini ancam ekonomi kita dan jutaan pekerjaan rakyat.


7.  Mahathir buat² lupa komitmen WTO tahun 1994/95 — perjanjian perdagangan multilateral paling komprehensif di dunia yang ikat komitmen Malaysia banyak perkara. 


8.  Banyak dalam ART 2025 ulangi komitmen dalam WTO. ART ni 400 muka surat; WTO pula beribu-ribu muka surat perjanjian multilateral. Kalau ART 'gadai negara', habis tu WTO apa pula?


9.  Era Mahathir mulai kerja awal untuk Trade & Investment Framework Agreement (TIFA) yang buka pintu rasmi rundingan FTA dengan Amerika. 


10.  Ironinya, isu yang Mahathir bising hari ini tentang GLC, Bumiputera, tarif dan layanan adalah isu sama yang dibahaskan masa rundingan FTA dulu.


11.  Untuk tambah elemen drama dalam propanya, Mahathir dakwa kononnya selepas sign ART, kerajaan Madani sign pula perjanjian pertahanan dengan AS. 


12.  Hakikatnya, kerjasama pertahanan Malaysia–US dah lama wujud sejak zaman Mahathir lagi: latihan CARAT, program IMET, pertukaran pegawai dan bantuan teknikal ketenteraan. 


13.  MoU pertahanan 2025 itu cuma formalise apa yang dulu dibuat secara ad-hoc. Tiada sebarang syarat buka pangkalan atau jadi sekutu perang atau beli senjata Amerika seperti diwar-warkan. MoU pula disemak balik selepas 5 tahun.


14.  Jadi, kita tak perlu “merdeka dari Amerika”. Kita perlu merdeka dari diperdaya pemimpin yang kumpul berbilion masa berkuasa.



No comments: