UMNO SUCIKAN DAP??


Che Ibrahim



 UMNO SUCIKAN DAP?? 




Pas dah jadi macam lelaki gila talak yang tergila gila kepada bekas isterinya, sedangkan bekas isterinya bukan sahaja tidak sudi untuk kembali kepada Pas, bahkan sedang berbahagia dengan pasangannya yang lain. 


Akibatnya kita akan lihat berbagai kisah dukalara politik:


- episod memujuk rayu Umno agar sudi bersama Pas. 

- episod mengutuk dan mengecam pasangan baru UMNO. 

- episod mencaci dan mengejek UMNO kerana enggan kembali bersama Pas 

- episod segala yang umno buat bersama pasangannya bukan sahaja dicemburui, tapi dikutuk dan dihentam. 

- episod bukan sahaja mengkafirkan orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun turut dikafirkan kerana menolak Pas.


DAP yang dulunya antara rakan tahalluf sejati Pas, kita bertukar ibarat musyrikin Mekah atau Yahudi Madinah kepada Rasulullah saw. Tapi andainya hari ini Dap tidak bersama PH atau meninggalkan Kerajaan Madani, esoknya sudah pasti rombongan meminang dari Pas akan terjengok jengok di tangga Dap.



No comments: