HarapandailyMay 14, 2025
Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ibrahim Zakaria didakwa berbohong apabila
tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam borang memperbaharui tauliah
mengajar bagi sesi 2024 hingga 2029.
Hal tersebut didedahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi
Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini.
Ibrahim dikesan merupakan antara penceramah jemputan bagi pengajian
kuliah bulanan di sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Turut ‘kantoi’ ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, Fairuz
Hafizh Othman.
“Saya telah menjalankan semakan rasmi dgn pihak Jabatan Mufti berkaitan
status tauliah KDU (Ketua Dewan Ulama) Pas.
“Ternyata Ustaz Ibrahim tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam
parti Pas Perak dalam borang perbaharui tauliah mengajar bagi sesi 2024-2029.
“Manakala Ustaz Fairuz Hafiz
Othman, SU PAS Perak tidak perbaharui tauliah kerana memegang jawatan utama
dalam parti PAS Perak.
“Mereka ini jelas derhaka dengan Titah Tuanku Sultan Perak,” tegas Hasnul
lagi.
No comments:
Post a Comment