SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025
1. Dana disalur oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
tetapi perolehan dan pelaksanaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
termasuk peserta dan pemilihan 795 kontraktor.
2. Dilaksana di peringkat PBT dengan proses sebut harga terbuka. PBT
bertanggungjawab penuh atas pemilihan kontraktor berdaftar CIDB G1/G2.
Nota: Menurut aktivis politik, Mohd Ikhmal Iskandar, di Manjung, Perak
ada penyokong tegar pembangkang dapat berniaga di MyKiosk
3. MyKiosk 1.0 memperuntukkan kos sebanyak RM15,000 dan MyKiosk 2.0 pula
RM25,000.
Ini kerana terdapat penambahbaikan seperti sistem solar, struktur boleh
pindah, lampu LED dan rekaan mesra peniaga.
4. Peniaga diberikan pengecualian sewa selama enam bulan bagi memulakan
perniagaan tanpa tekanan kewangan.
Selepas tempoh itu barulah mereka perlu membayar sewa. Itu pun serendah
RM300 sahaja sebulan.
5. MyKiosk 1.0 sudah mencapai 𝟖𝟒.𝟑𝟓% pengisian. Manakala MyKiosk 2.0 yang baru 4 bulan sudah capai 𝟔𝟏.𝟓%.
6. MyKiosk bukan projek ‘bagi ikan’ tetapi ia projek ‘beri pancing’
7. Hampir semua kontraktor yang dapat projek ini adalah kontraktor
Bumiputera. Hanya kontraktor CIDB G1/G2 dibenarkan.
8. Hampir 800 kontraktor seluruh negara diberi peluang dapat projek dari
kerajaan. Ini bermakna kerajaan tidak membiarkan satu syarikat kontraktor
sahaja untuk memonopoli projek MyKiosk ini.

No comments:
Post a Comment