𝗝𝗔𝗨𝗛𝗜𝗟𝗔𝗛 𝟮𝟭 𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦.



✍️  Ahmad Mursi


1. Menganggap musuh politik Murtad kerana tidak sokong RUU355, Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau 'Hukum Allah' ikut kefahaman PAS.


2. Anggap selain MP & ADUN PAS itu 'Musuh Islam' walhal mereka juga umat Islam dan pejuang Islam.


3. Gunakan dalil Al-Quran perihal orang kafir atau munafik Akidah dituju pada orang beriman.


4. Melabel lawan politik seperti 'puak sekular, puak liberal' yang mana dalam pemahaman mereka, puak ini murtad.


5. Menuduh musuh politik 'Lawan Al-Quran'. Hukum lawan Al-Quran ni Murtad lah.


6. Mudah menghukum hal batin (iktikad) lawan politik dan menuduh Munafik walhal Nabi pun hukum hal yang zahir seperti solat. Hal batin hanya apa yang diwahyukan kepadanya.


7. Berkongsi bahan media yang sengaja gambarkan musuh politiknya telah murtad.


8. Anggap Sokong PAS sahaja masuk syurga, sokong parti lain masuk neraka.


9. Anggap keluar dari PAS dianggap keluar Islam dan terus dianggap musuh Islam dan pengkhianat Islam yang mesti diperangi atau wajib bertaubat masuk PAS semula.


10. Anggap mereka sahaja berhak tahaluf siyasi dengan non-muslim. Pihak lain dianggap bersama kafir harbi dan menentang Islam.


11. Anggap Parti Politik yang bertahaluf dengan PAS sahaja Mukmin yang sejati. Bila tidak lagi bersama PAS, maka dianggap 'musuh Islam'.


12. Doa laknat musuh politik atau doa yang sepatutnya dituju kepada musuh Islam dalam medan peperangan. Walhal lawan PAS juga ramai mukmin.


13. Keadilan Islam hanya wujud jika PAS jadi Kerajaan. Bila parti lain memerintah, maka PAS ada-adakan pelbagai 'kezaliman terhadap Islam'.


14. Anggap pilihanraya medan pertembungan Akidah dan PAS sahaja pihak mukmin. Isu akidah diguna untuk serang lawan politik.


15. Anggap inisiatif baik kerajaan berkenaan hal ehwal Islam (cth Bank Islam) tidak Islamik kerana hanya PAS layak lakukan kebaikkan untuk Islam (yang PAS tak buat pun).


16. Anggap penyokong parti lain 'nama ic je Islam' tapi sebenarnya murtad.


17. Halalkan perbuatan dosa seperti Qazaf, celaan, fitnah kepada musuh politik yang mereka anggap 'musuh Islam' walhal ianya haram walaupun terhadap non-muslim.


18. Melampau mencela pemimpin yang sah semata-mata untuk keluar dari ketaatan yang diwajibkan dalam banyak Hadith Nabi selagi tidak diarahkan berbuat Maksiat.


19. Sewenang-wenang anggap mereka layak mati syahid kerana menentang parti lain yang juga mukmin.


20. Anggap parti yang pertahan 'Perlembagaan Penjajah, Peraturan Kafir dan Jahiliyyah' ikut kefaham PAS layak diperangi walhal PAS juga pertahankan Perlembagaan.


21. Holier-than-thou. Takabbur seperti mana sikap Iblis "Aku lebih baik dari Adam. Kau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah".


• Bertaubat dan jauhilah Fikrah Khawarij kerana Nabi saw sebutkan 'mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari busurnya' dan dalam Hadith Soheh 'Khawarij anjing-anjingnya Ahli Neraka' HR Ahmad.



No comments: