Tentang kes peniaga kosmetik di Kelantan.


Maszelee Mohd Wee


Saya sudah tahu lama dah yang mereka ini ada edar dadah jenis Yaba. Kantoi dengan tidak saja. Sebagai orang Kelantan, saya amat sedih bila bangsa sendiri hancurkan bangsa sendiri dengan dadah. 


Memang mereka ini suka tayang kemewahan, pergi hadiri "gathering" atau ke kelas usahawan yang malas saya sebut nama itu dengan kereta mewah-mewah. Untuk pengetahuan korang, kereta mewah yang mereka tayang itu adalah kereta yang si sewa. Bukan milik mereka pun. Polis dah perhatikan mereka ini sudah lama. Saya tahu benda ini pun sejak tahun 2023. 


Ya, mereka memang berniaga Yaba iaitu pil gila, upgrade daripada pil Kuda. Sebab dekat Thailand pil Yaba ini amat murah, tidak seperti sebelum Thailand legalkan kanabis. Tahun 2022 Thailand legal, tahun itu juga pil Yaba dan pil Kuda turun harga mendadak. 


Di Thailand pil Yaba hanya berharga rm2.50 runcit, borong 65sen sebiji sahaja. Ini harga 2024. Masuk Malaysia dijual dengan harga rm10-15 sebiji. Sebelum ini pil YABA harga rm25 sebiji pada tahun 2018. 


Sudah-sudah lah jadi bahalol wahai orang setengah orang Kelantan. Tidak ada aman hidup duduk makan pil YABA.



No comments: