Khusus Dalam Bekalan Elektrik, Jalan Raya – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika sesi taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Padang Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TUARAN, 22 Mar – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memberi tumpuan kepada projek pembangunan di Sabah, khususnya dalam aspek bekalan elektrik, pembinaan taman perindustrian, perumahan rakyat, dan pembaikan jalan raya.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan kemudahan asas dan pembangunan ekonomi terus dipacu seiring demi kesejahteraan penduduk negeri ini.

“Mesyuarat di Pejabat Daerah Tuaran hari ini menumpukan perbincangan kepada prestasi pelaksanaan projek Rancangan Malaysia di Sabah, termasuk status projek sakit, permohonan projek keutamaan negeri bagi tahun 2026 serta status kemiskinan tegar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Padang Istiadat, Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Turut dibincangkan adalah inisiatif program Sabah Maju Jaya (SMJ), status Projek SejaTi MADANI, Projek Kampung Angkat MADANI, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan permohonan tambahan pembaikan jalan raya di negeri Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Taklimat dan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sabah di Pejabat Daerah Tuaran yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika sesi taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Padang Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta pegawai-pegawai kerajaan psrsekutuan dan negeri.

Anwar kemudian menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika sesi taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Padang Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Hajiji serta seluruh jentera pentadbiran negeri dan kepimpinan masyarakat atas komitmen tinggi serta kerjasama erat dalam memastikan kestabilan politik yang kukuh bagi menjayakan pembangunan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah.




No comments: