Seorang pemuda di Terengganu dipercayai turut mewakili rakan-rakannya amat bengang dan marahkan polis selepas menerima 21 saman dipercayai atas kesalahan trafik.
Menerusi klip video tular, penunggang motosikal itu mengetahui mereka dikenakan saman selepas berbuka puasa.
Ketika meluahkan rasa tidak puas hati itu, pemuda berkenaan menggunakan hujah Melayu sama Melayu sekaligus mengundang kecaman warganet.
“Kalau nak saman, bagilah warning. Macam ni ke layan? Rilekslah… Nak kaya pun agak-agaklah.
“Tahulah nak jaga KPI (petunjuk prestasi utama). Tapi Melayu sama Melayu kot. Bulan puasa…
“21 saman! Siapa yang saman ni, minggu depan dapat naik Inspektor,” sindir lelaki tersebut selepas mengira jumlah kertas saman.
Dalam masa sama, gelagat pemuda berbaju kurta itu dirakam dan disaksikan sekumpulan rakannya yang juga kedengaran ketawa melihat reaksinya.
Lelaki kena saman berkenaan turut memberitahu mereka bukan melanggar sesiapa pun sehingga perlu dikenakan tindakan saman pada bulan Ramadan.
“Bukan langgar sesiapa pun. Datang nak buka puasa, kejar masa. Standardlah. Maghrib, Waktu pukul berapa?” tempelaknya lagi.
No comments:
Post a Comment