MSO
Baca Politik.
ANWAR BACA KILAU DALAM KILAT
Kebijakasaan berpolitik itu sangat penting. Politis bijak apa yang mereka inginkan atau menuntut sesuatu tanpa dirasakan sebagai desakan daripadanya kepada pihak yang kena tuntut. Inilah kebijaksanaan politik. Ia berlaku secara simbolik sahaja.
Dalam hal ini mari kita lihat kepada apa yang berlaku hari ini, Anwar Ibrahim ketika berucap di kongres DAP telah menyatakan kesediaan untuk menghadkan jawatan PM selema dua penggal, atau maksium 10 tahun sahaja. Beliau sampai mengakui dua tahun jad PM pun sudah penat.
Beliau menyatakan demikian sebagai menenangkan "kegusaran" DAP, yang disuarakan oleh Setiausaha Agungnya Anthony Loke yang mengingatkan PM itu bahawa ada reform yang dijanjikan belum ditunaikan.
Anthony tidak mendesak dan memaksa Anwar dengan kata-kata itu, tetapi maknawi maksudnya segera difahamai Anwar. Apa lagi sebelum itu, Pengerusi DAP Lim Gun Eng mengingatkan dan memberi tahu bahawa DAP bukan parti yes man walaupun setia.
Nampak ada kesenimbungan dengan apa diucapkan Guan Eng dengan Anthony Loke itu sampai Anwar segera menterjemah dan memberi jaminan penghadan jawatan PM itu boleh dilakukan hatta di mesyuarat parlimen akan datang sekiranya cukup sokongan.
Untuk memasukkan ketatapan itu dalam perlembagaan perlu ada sokongan.
Penegasan Anwar itu menunjukkan beliau tidak main-main dengan kata-katanya walaupun ada pihak yang sangsi kepada komitmen mengenai agenda reformasi.
Itulah politik perlu ketangkasan, kecekapan dan elert dengan setiap apa yang berlaku. Politik itukan seni abstrak. Trims.
No comments:
Post a Comment