PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Cuba

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Februari 1975.

“Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam pertemuan itu, saya menitipkan jemputan kepada Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel untuk berkunjung ke negara ini bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama ini,” katanya.

Parrilla berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini (12-15 Februari).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada 2 Mac 2009.




No comments: