Baca Politik 5
KEDUDUKAN TUITUMAN TERANCAM
Kenyataan terbaru pengarah pilihan raya Pas Sanusi Mohd Noor parti itu tidak menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan tertinggi memberi signal perebutan bakal berlaku dalam Pas.
Menurutnya semua jawatan boleh dipertandingkan tiada halangan. Tetapi untuk jawatan presidean tidak ada orang tergamak untuk lawan Tok Dor yang sudah bertongkat, tetapi jawatan lain seperti timbalan terbuka untuk ditentang.
Sanusi seperti memberi gambaran kedudukan Tuituman tidak selamat dia akan ditentang. Apakah Sanusi sendiri akan berganjak ke jawatan itu?
Sebelum ini beliau menarik diri dari bertanding jawatan naib presiden walaupun dia calon popular untuk menang dengan mudah salah satu kerusi itu.
Apakah dengan populariti dan beliau dianggap hero oleh orang Pas sebagai MB, Sanusi akan terus melompat ke jawatan timbalan presiden sebagai persiapan untuk jadi presiden selepas Tok Dor.
Sanusi punya perhitungan politik agak cekap dia tahu dia perlu berada di kerusi nombor dua tanpa terlebih dahulu berada di kerusi nombor tiga untuk bergelar presiden Pas pula selepas ini.
Pas dijangka mengalami perubahan kubra selepas kepimpinan Tok Dor.
Tidak mustahil kalau Pas dipimpin oleh Sanusi yang agresif dan bijak politik dia boleh bawa Pas untuk bergabung dengan kerajaan Madani sekiranya dalam Piraum akan datang Pas masih kekal dengan jumlah kerusi yang ada.
Bagaimanapun saya yakin jawatan timbalan presiden Pas akan menjadi rebutan lebih daripada dua calon.
Grand design yang dikatakan wujud akan menentukan keadaan itu. Mungkin juga jaminan Sanusi itu sebahagian daripada juzu grand design berkenaan. Trims.

No comments:
Post a Comment