Kedudukan Presiden PKR: ‘Biar parti putuskan, saya tak masuk campur’



 




Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pucuk pimpinan partinya sama ada mahu mempertandingkan atau tidak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan Mei depan.

Perdana Menteri berkata, biar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang memutuskannya dan beliau tidak akan mencampuri urusan berkenaan


“Biar mereka putuskan. Saya tak campur. Biar demokrasi (tentukan), yang bertanding, tak bertanding, dia putus sendiri,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.



Sebelum ini, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, dilaporkan berkata PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang ketika ini disandang oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.

Mengikut perlembagaan parti, penggal akan datang adalah yang terakhir untuk Anwar sekiranya memilih untuk mempertahankan jawatan tersebut.



No comments: