Masa dia perintah 33 bulan, seringgit pun tak naik – PM selar pembangkang



                                                                      THREE STOOGES


Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pembangkang kerana menghasut rakyat dan memainkan isu kenaikan harga lantai belian padi.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan kerajaan hari ini, Perikatan Nasional (PN) ketika memerintah 33 bulan langsung tidak pernah menaikkan harga belian padi.

“Padahal dia dah jadi pemimpin dulu. Ada yang kaya raya. Tapi pergi duk hasut kata (kerajaan) belum buat (bantu rakyat). Selalu saya tanya semasa kamu perintah kamu buat apa.


“Pasal pesawah padi, di Kedah dan Kelantan banyak miskin jadi dia marah kerajaan. Ada yang tunjuk perasaan marah.

“Tapi masa dia perintah 33 bulan, dia tak buat apa. Satu ringgit pun tak naik. Masa kita 2024, (harga belian padi) naik. Beberapa hari lalu Datuk Seri Mohamad Sabu iaitu Menteri Pertanian naikkan lagi. Jadi RM1,300 kepada RM1,500,” katanya hari ini.

Anwar berkata, dalam keadaan beliau dan rakan Kabinet masih mempunyai kuasa, kerajaan akan buat sehabis baik untuk membantu rakyat terbanyak.


Harga lantai belian padi kini naik dari RM1,300 kepada RM1,500. Ia adalah kenaikan kali kedua di bawah pentadbiran Anwar.



No comments: