KERAJAAN MADANI MENYELESAIKAN WARISAN KEGAGALAN!



Ada perkara yang boleh diselesaikan dalam sekelip mata, tetapi ada juga yang terbengkalai berdekad-dekad. Bukan kerana ia terlalu sukar, tetapi kerana tiada kemahuan politik untuk bertindak. Tahun demi tahun berlalu, kerajaan berganti kerajaan, tetapi isu-isu ini terus dibiarkan.


Namun, apabila Kerajaan MADANI mengambil alih, pendekatannya berbeza. Kita tidak mencari alasan, tidak bermain dengan retorik, dan tidak menggunakan masalah rakyat sebagai modal politik. Kita bekerja. Kita menyelesaikan.


Mari lihat senarai TOP 6 isu-isu warisan yang sekian lama dipandang sepi, akhirnya dibereskan oleh Kerajaan MADANI:


1️⃣ Penyelarasan Pencen Veteran ATM – Selesai selepas 11 TAHUN TERTANGGUH 


Berbelas tahun veteran ATM menunggu keadilan. Mereka yang telah berkorban mempertahankan tanah air sepatutnya mendapat pembelaan, tetapi pencen mereka dibiarkan tidak diselaraskan. Kini, selepas 11 tahun berlalu, Kerajaan MADANI menamatkan penantian mereka.


2️⃣ Isu Perumahan 245 Pekerja Ladang – Selesai selepas 26 TAHUN TERTANGGUH 






Bayangkan hidup lebih dua dekad tanpa kepastian tempat tinggal. Pekerja ladang yang telah berkhidmat berpuluh tahun dibiarkan tanpa rumah. 26 tahun mereka menanti janji yang tak kunjung tiba, sehingga kerajaan MADANI masuk campur dan menyelesaikannya!


3️⃣ Pampasan RM1.7 juta Projek Bakun – Selesai selepas 27 TAHUN TERTANGGUH




Sejak projek mega Bakun dimulakan, penduduk yang terjejas terus menuntut hak mereka. Setiap kali bertanya, mereka diberi jawapan yang sama: "akan dipertimbangkan." 27 tahun bukan waktu yang singkat. Akhirnya, selepas lebih dua dekad, kerajaan MADANI menunaikan janji yang lama dikhianati.


4️⃣ Hak Pesawah: 30% Keuntungan BERNAS Dikembalikan – DITUNGGU SELAMA 30 TAHUN 



Sejak sekian lama, pesawah hanya mendengar janji kosong. BERNAS mengaut keuntungan, tetapi pesawah, orang yang membanting tulang di sawah dibiarkan dengan pendapatan yang tidak seberapa. Selama 30 tahun hak mereka dinafikan. Hari ini, dengan keberanian politik yang ada, 30% keuntungan BERNAS akhirnya dikongsikan kepada pesawah!


5️⃣ Peruntukan Khas Sabah & Sarawak Dinaikkan – Setelah 55 TAHUN TIDAK BERUBAH. 





Bukan setahun, bukan sedekad, 55 tahun Sabah dan Sarawak tidak menerima peningkatan peruntukan khas! Sejak pembentukan Malaysia, dua negeri ini sering dijanjikan pembangunan setara, tetapi hakikatnya mereka dibiarkan. Kerajaan MADANI akhirnya bertindak. Buat pertama kali dalam lebih setengah abad, peruntukan khas Sabah dan Sarawak dinaikkan!


6️⃣ Pembinaan 4 SJKT TERBENGKALAI SELAMA 12 TAHUN – Kini Siap & Beroperasi!




Sejak 2012, empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ini terperangkap dalam ketidakpastian. Isu ini sering dipolitikkan—tetapi penyelesaiannya? Tiada.


Hari ini, selepas 12 tahun, Kerajaan MADANI menamatkan episod hitam ini!


✅ SJKT Seafield, Selangor – Dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan bersama YAB Menteri Besar Selangor pada 25 Mac 2024.


✅ SJKT Ladang Sagga, Negeri Sembilan – YB Menteri Pendidikan sendiri menyambut murid pada 12 Mac 2024.


✅ SJKT Ladang Pertang, Negeri Sembilan &


✅ SJKT Ladang Braunston, Selangor

– Kini beroperasi di tapak baharu.


12 tahun! Bukan satu tempoh yang singkat. Ada murid yang sepatutnya belajar di sekolah ini ketika darjah satu, tetapi akhirnya hanya sempat melihat sekolahnya siap ketika sudah masuk ke alam pekerjaan. Kini, generasi baharu tidak perlu melalui penantian yang sama. 


Kerajaan MADANI tidak berlengah, tidak bertangguh, dan tidak membiarkan masalah rakyat berlarutan tanpa penyelesaian. Ada yang 11 tahun, 12 tahun, 26 tahun, 30 tahun, 55 tahun, semuanya kini menjadi sejarah! 


Kita tidak bercakap kosong. Kita bekerja. Kita menyelesaikan. Kita usahakan sedaya upaya kita untuk berkhidmat.


Jalan terus! 


#MadaniBekerja




No comments: