CITA CITA RAKYAT KEDAH NAK HIDUP TENANG MASA HIDUP. NAMUN SEKARANG MOHON BANTUAN ITU INI.... KIOK.


Najib Bakar 


Teringat satu posting yang viral sehari selepas PRN 2023, khususnya berkaitan Kedah dengan 80k reaction.



Posting ni bagi aku nak justifikasi pilihan rakyat Kedah yang mengundi PAS/PN menjadi Kerajaan Negeri.


Keputusan PRN itu adalah hak rakyat Kedah, depa nak macam tu, kita hormat hak mereka.


Antara ayat yang disebut "tak perlu pembangunan dan peruntukan pun takpa, kami takdak masalah, hidup tenang." 


Cuma tu lah, la ni antara perkataan yang sering diulang Ahli Parlimen pembangkang dan Kerajaan Negeri PAS adalah "peruntukan" dan "pembangunan."


Tapi pada masa yang sama, Kerajaan Negeri tak perah otak pun fikir idea untuk jana hasil sendiri selain mohon bantuan pusat.


Sebabnya depa tau majoriti rakyat Kedah tak perlu peruntukan dan pembangunan pun.


Jalan rosak berlubang? Bekalan air takdak? Lampu jalan lingkup? Sampah bertimbun?


"Takdak masalah aih, kami tenang ja." 


Taktau lah la ni adakah masih tenang bila tengok keadaan negeri makin tak terurus.


Itulah yang kadang-kadang orang tak berapa faham.


Wang tu bukan hanya perlu untuk buat bangunan besar-besar, gedung mewah-mewah.


Tapi juga perlu untuk maintenance, atau penyelanggaraan.


Kalau pimpinan Kerajaan Negeri tak pandai nak jana hasil sendiri dan cuma berharap kepada Pusat, lama kelamaan makin teruklah keadaan negeri.


Belanja untuk maintenance tu tinggi adik kakak.


Untuk pimpinan Kerajaan Negeri, depa takpa ja. Takyah susah pecah kepala otak nak fikir idea jana hasil.


Hujung-hujung menjerit kami dianaktirikan, sambil cucuk gaji dan elaun puluh ribu sebulan. Pencen dah sah-sah dapat.


Apa yang susahnya jadi Kerajaan Negeri?


Najib Bakar 

16 Februari 2025



No comments: