PERSATUAN PENYAKAW BAZAAR RAMADAHN

 


Zaman 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 ni makin ramai jadi pelawak. Macam macam jenis pelawak muncul. Kalau tengok diorang punya lawak, kadangkala menghiburkan.


Lawak terbaru, dari Presiden 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗪𝗣𝗞𝗟, 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗦𝘂𝗹𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻. Nampak macam 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 betul dia sekarang ni.


Ye la. Dulu dia 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭 tapak 𝗯𝗮𝘇𝗮𝗿 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻. Sedap dia kaut untung 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻. Sekarang ni DBKL uruskan sendiri. Mau tak 𝗺𝗲𝗹𝗼𝗽𝗼𝗻𝗴 member tu!


Lagi pulak DBKL beri harga 𝗺𝘂𝗿 𝗺𝘂𝗿 punya. RM500 je setiap tapak. Meleleh air liur 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 yang dulunya biasa tekan peniaga dengan harga 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹.


Pakcik Rosli ni tak patut marah. Sebelum ni dia yang 𝗴𝗮𝘁𝗮𝗹 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗗𝗕𝗞𝗟 uruskan sendiri. Dia ingat DBKL tak mampu. Sekali baru 𝗶𝗻𝘁𝗿𝗼 dia dah malu.


Nak tutup malu agaknya, mulalah dia rekacipta cerita konon ada peniaga yang 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 ke 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮. Yang kelakar, dia kata sebelum ni 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶.


Dia ingat kita duduk gua atau 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 yang duduk gua? Cerita jual tapak ni bukan baru. Saban tahun 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶.


Sedangkan masa harga tapak 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝗿𝗶𝗯𝗮𝗻 dulu pun ada orang jual, apa lagi dah harga RM500 ni. Tak ada yang pelik. Tapi kerajaan 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗺.


PMX dah arahkan DBKL buat 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 yang kerap untuk pastikan tiada kegiatan sedemikian. Siapa yang didapati sewakan kepada pihak ketiga, lesennya akan  𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸.


Sebagai warga yang bertanggungjawab, sepatutnya pakcik ni laporkan kepada DBKL kalau ada maklumat. Yang dia 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮?


Lepas tu siap kata nak suruh DBKL 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Ish 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸-𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 awak ni. Tengok muka nampak tua dah tapi perangai masih 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 lagi.


Kalau dia tahu ada kegiatan salah tapi dia tak laporkan bukan dikira sebagai 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝘁 ke?


Bagi aku dia tak nak beri maklumat ke DBKL sebab 2 perkara. Sama ada 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘁𝘂 𝘁𝗶𝗽𝘂 untuk 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 egonya yang 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗮𝗹𝗮𝗿 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 atau dia 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶 dan nak lihat DBKL gagal. Ataupun kedua-duanya sekali.


Lain kali berfikir dulu sebelum cakap. Dia sedap kata 𝗗𝗿. 𝗭𝗮𝗹𝗲𝗵𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Rupanya dia yang tak layak jadi rakyat. Tak ada semangat 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲.


Satu lagi, tapak tu milik DBKL. Dia sibuk kata dia serah ke DBKL tu apa hal? Dia ingat tu tapak dia ke? Nak ikut perangai Israhell pulak? Harta orang anggap macam harta dia sendiri.


Hantu jembalang memang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 bila kena ruqyah. Bermakna tindakan Dr. Zaleha dan DBKL ni memang 𝗿𝘂𝗾𝘆𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸. Itu yang 𝗷𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 tengah menggelitik kepanasan tu.


Apa pun tahniah buat 𝗗𝗕𝗞𝗟, 𝗗𝗿. 𝗭𝗮𝗹𝗲𝗵𝗮 dan 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜. Solusi semudah begini pun tak mampu difikirkan oleh PN serta menteri- menteri sebelum ini.


Begini barulah dinamakan 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Selesaikan masalah dari akarnya. Sekarang tiada lagi alasan peniaga bazar untuk jual makanan pada harga yang mahal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: