MAT SABU DI PASAR SANDAKAN.

 


Malam ( semalam) ini, Bang Mat melawat Pasar Besar Sandakan, sebuah lokasi yang terkenal dengan jualan sayur-sayuran dan ikan segar pada harga yang sangat berpatutan.










Dalam tinjauan, Bang Mat melihat sendiri kualiti ikan segar yang dijual, antaranya Ikan Temenung pada harga RM5.00/kg dan Ikan Sembilang hanya RM3.00/kg. Harga yang berpatutan ini bukan sahaja memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, malah turut menyokong ekonomi peniaga kecil yang bergantung kepada jualan harian mereka.


Pasar Besar Sandakan beroperasi setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 7.00 pagi, memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan segar dengan mudah, terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan.


Bang Mat menyeru kepada para peniaga, pemborong, dan pembekal ikan agar sentiasa memastikan bekalan makanan yang dijual berkualiti serta ditawarkan pada harga yang berpatutan demi kesejahteraan rakyat.


Jika semua pihak berganding bahu, kita dapat menggalakkan masyarakat untuk terus menyokong ekonomi tempatan dengan membeli produk segar dari pasar tradisional seperti ini.



No comments: