🌾Anggaran kerugian sektor agromakanan akibat banjir setakat ini bernilai lebih RM177 juta.
Laporan awal kerugian mengikut negeri menunjukkan Kedah rugi sebanyak RM97 juta, Kelantan lebih RM33 juta manakala Terengganu lebih RM13 juta.
“Kita akan berusaha membantu mereka terjejas mengikut skim sedia ada di bawah kementerian, selain daripada bantuan melalui agensi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan agensi lain."
Datuk Seri Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
Foto: Bernama