MSO
Individu yang menjadi pertuturan dan perhatian dalam tempoh 48 jam ini selepas Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Tengku Zafrul Tengku abdul Azizi. Semua orang bercakap fasal Zafrul, dimana-mana sahaja. Tidak cukup dalam grup whatsApp, dikedai kopi dan juga di coffe house. Mungkin sudah memasuki laman istana.
Kalau Samsuri diberi perhatian kerana beliau melepas jawatan dalam PN sebagai Bendahari Agung, berbeza dengan Zafrul, beliau dikaitakan akan menyertai PKR. Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh telah membuat penjelasan, tidak ada mana-mana individu yang diberikan "red carpet" untuk menyertai parti berkenaan, maksudnya kena melalui prosuder biasa, memohon melalui on line. Penjelasan Fuziah itu menandakan isu Zafrul meruap.
Kata Fuziah, setakat ini pihaknya belum terima permohonan Zafrul.
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut memberi komentar yang beliau tidak ada maklumat mengenai hal itu. Zafrul tidak memaklumkan kepadnya dan belum ada perundingan. Kenapa Zahid juga guna perkataan "perundingan"?
Zahid memberi hint, adalah tidak baik kalau PKR menerima ahli dari rakan sekutunya, sebelum berunding. Dari penjelasan Zahid itu menggambarkan desas desus tentang Zafrul ini tidak sahih dan belum rasmi, namun asasnya ada.
Setakat positing ini ditulis, presiden PKR yang juga pengerusi PH Anwar Ibrahim belum memberi sebarang reaksi. Bagaimana pun dlihat hubungan Anwar dengan Zafrul rapat dan istimewa. Zafrul sering dibawa ke merata dunia mengikuti rombongan PM, sehingga menimbulkan jelous menteri kanan lain yang belum sekali pun dibawa Anwar? Keakraban Anwar dengan Zafrul itu seperti digembur.
Jadi dari mana sumber dan sebab mula tercetus cerita mengenai Zafrul ini. Kadungan cerita mengenai Zafrul ini berbagai-bagai. Salah satunya begini, tempoh perkhidmatan sebagai Senator akan tamat tidak lama lagi semantara pelantikan sebagai menteri atas kouta Senator. Selepas ini dia tidak boleh dilantik lagi kerana tempoh pelantikan sebagai senator dua penggal sudah habis, dan tidak boleh disambung.
Makanya untuk membolehkan beliau terus berada dalam kabinet satu-satu jalan ialah kena bertanding dalam pilihan raya dan menang. Kalau bertanding tetapi kalah tidak guna jugakan.
Kononnya untuk itu satu kerusi perlu dikosongkan bagi memberi laluan kepadanya. Macam macam kerusi disebut, Ampang dan Gombak. Jika itu berlaku bermakna Zafrul diberikan red carpet dan ini bertentang dengan apa yang Fuziah katakan.
Bukan senang untuk pakai formula itu kerana Zafrul sudah ditolak dalam pilihan raya lalu bertanding di Kuala Selangor, kalah ditangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad. Kekalahan itu menunjukkan wibawa dan statusnya sebagai orang terhormat dan bangsawan tidak dipandang rakyat.
Selain itu, satu sisi lagi mengatakan dia akan dilantik jadi MB Selangor? Kerana situasi itulah maka beliau dikaitan akan sertai PKR. Soalnya, apakah keperluan untuk tukar MB sekarang. Amiruddin Shaari belum ada cacat cela, malahan pentadbirannya menunjukkan pencapaian memuaskan. Amiruddin adalah MB terbaik Malaysia untuk dua tahun berturut-turut 2023 dan 2024 berdasarkan graf KDNK negeri.
Lagi pun tidak elok kalau agenda itu berlaku. Jangan cuba mengusik dan meminda karangan bunga yang indah, nanti rosak dan hilang serinya.
Seperkara lagi, kalau benar hendak tukar Amiruddin bukan dengan cara by pass begitu, bahaya. Sejarah sudah ada belum serik ke? Pembangkang sedang menanti. Zafrul sendiri sebagai sosok bersopan santun, profesional harus menilai dan sedar diri, usah gelojoh dan menurut petunjuk mana-mana pihak. Beliau tidak perlu menjadi pandir untuk menjustifikasikan keadaan. Jangan bawa kecelakaan kepada rakyat.
Jika hendak jadi MB juga atas sebab-sebab dan keperluan di luar perkok pemikiran biasa, tunggu habis penggal dan bertanding dimana-mana DUN dalam negeri Selangor, baru gentlemen.
Selain itu, ada juga desas desus mengatakan Zafrul perlu dikekalkan dalam kabinet kerana pemikiran dan pencapiannya sebagai menteri MITI mengesankan negara. Pun begitu pencapaian itu bukan alasan, beliau harus juga menanti tiba pilihan raya umum, bukannya dengan mengosongkan mana-mana kerusi diberikan laluan tanpa tol.Tiada keperluan dikosong kerusi untuknya seperti mana dilakukan kepads Anwar Ibrahim. Status dan kapasitinya berbeza ketimbangan Anwar.
Akhirnya saya nak sebut begini, jangan jadikan isu Zafrul ini masalah baru. Baik PH dan BN selesai secara elok, berunding dengan penuh kesedaran dan insaf. PKR boleh jadikan alasan untuk tidak segera menerima Zafrul kerana kerana menghormati hubungan persahabatan dengan BN. Jangan lukai hati BN sebab darahnya akan dihirup pembangkang.
Dan bagi BN pula kalau Zafrul terpaksa menyertai PKR kerana sesuatu keperluan lebih besar (negara) reda dan terimalah, BN tidak akan rugi apa-apa pun kalau Zafru pergi kerana ia masih dalam kerabat yang sama, melainkan Zafrul melayang singgah dan masuk ke dalam PN. Parah.
Sebelum dititik, isu mengenai Zafrul ini tidak perlu diperpanjangkan, fahamlah dengan sifir politik yang mudah, bukannya mencorak caritkan matematik politik sampai memeningkan kepala. Trims.