WOIII PI NEGARA KOMENEH BUAT APA ???? WAKIL RAKYAT PAS SAMA SAJA DENGAN KERAJAAN MADANI....BAIK KERAJAAN MADANI DAPAT JUMPA PRESEIDEN CHINA.HANGPA PI JUMPA SAPA WOIIIII..

 

Gambar MP Pas, Bersatu di ‘tanah komunis’ jadi bualan


Sekeping foto memaparkan beberapa Ahli Parlimen dari Bersatu dan Pas yang bergambar depan sebuah bangunan di Shanghai, China menjadi bualan pengguna media sosial.

Antara yang terlihat dalam gambar itu ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan beberapa individu lain yang tidak jelas.

Tidak pasti bila gambar diambil.


Pengguna media sosial menyindir kumpulan itu dengan mengatakan “boleh pula jejak kaki ke tanah komunis”.

Ia adalah sindiran kepada pembangkang yang selalunya terlebih lantang memainkan isu perkauman sehingga terlihat seperti anti Cina dan anti kaum bukan Islam di negara ini.

Pembangkang banyak kali memainkan sentimen 3R sehingga menjadi kes polis antaranya ketika mereka mengadakan himpunan kibar bendera Malaysia di Menara Condong, Teluk Intan sebagai tindak balas kerana pelancong China mengibarkan bendera negara itu di sini.


Salah seorang pemimpin Pas ketika itu mengeluarkan kata-kata yang terdengar rasis.

Justeru ketika foto mereka menjejakkan kaki ke China tersebar, pengguna media sosial memulangkan paku buah keras kepada kumpulan itu.

Mereka secara sinis bertanya adakah pemimpin Pas dan Bersatu ke China kali ini untuk belajar cara komunis mentadbir negara.

Sementara itu di akaun X Wan Fayhsal, beliau berkongsi beberapa gambar yang membuktikan beliau kini di Shanghai.

Dalam perkongsiannya, Ketua Armada Bersatu itu berkata, mereka melawat Shanghai Administration Institute bagi mempelajari dan bertukar-tukar pandangan berkenaan pembangunan Shanghai yang menjadikannya sebuah metropolis terkemuka dan Ibu Kota Kewangan Negara China yang disegani.