PERSOALAN T15- RAFIZI JAWAB NOBITA.



 Persoalan paling hangat dibincangkan adalah penentuan klasifikasi T15. Bagaimana golongan T15 ini akan ditentukan?


HANG MANA TAU APA.. BUAT PHD BERTAHUN TAHUN.. MANA HANG TAU BAB EKONOMI... 


Kementerian Ekonomi telah membentangkan sejak tahun lalu cadangan bahawa penilaian kelayakan sesuatu isi rumah beralih dari kaedah pendapatan isi rumah kasar kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah (net disposable income) untuk mengambil kira perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi, saiz keluarga dan sebagainya.


PADU dibangunkan sebagai repositori utama profil individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang turut mengandungi maklumat demografi, sosioekonomi dan pendapatan kasar.


Pada masa ini, hasil daripada pengintegrasian data, PADU mengandungi profil demografi dan sosioekonomi terpilih bagi individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang meliputi 30.1 juta individu.


Menerusi penganalisaan data PADU, Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan baharu iaitu Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan pendapatan boleh guna bersih bagi isi rumah dan individu.


Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh sesuatu isi rumah dan individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. 


Ini memang telah mengambil kira faktor-faktor lain, contohnya belanja yang lain bukan mengikut garis kemiskinan dan nilai PAKW ditentukan oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.


Oleh itu, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza-beza bergantung kepada ciri-ciri demografi dan juga lokasi tempat kediaman.


Pengelasan mereka yang layak atau tidak layak untuk menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan kepada pendapatan boleh belanja bersih. Hasrat kerajaan adalah sehingga 85% dari isi rumah mengikut kaedah ini yang akan menerima subsidi kerana ia adalah lebih adil dan saksama.


Langkah seterusnya adalah Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang memperhalusi kriteria-kriteria dan keputusan akhir itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk diluluskan dan kemudian akan diumumkan kepada rakyat.