Tuaran Sabah
Lebai PAS: Pembohong dan Pemutar Najis Fitnah Demi Kuasa
........................
Kita hidup di zaman pembangkang yang tidak segan silu menabur fitnah dan memutar belit fakta demi kelangsungan politik mereka. Dalam isu Israel dan Palestin, Lebai PAS sekali lagi menunjukkan wajah hipokrit mereka.
Mahathir sokong ‘Two-State Solution’ - π‘π’ π£π₯π’ππππ
Mahiaddin sokong ‘Two-State Solution’ (bersama PAS) - π‘π’ π£π₯π’ππππ
Anwar sokong ‘Two-State Solution’ - π£π₯π’ππππ !!
Hakikatnya, Israel memang wujud sebagai negara dan anggota PBB. Oleh sebab 'kewujudan' itu, PMX Anwar Ibrahim mengambil langkah berani mencadangkan agar Israel disingkirkan daripada PBB – satu pendirian tegas yang menyokong perjuangan Palestin.
Tetapi Lebai PAS, dengan lidah berbelit dan agenda busuk mereka, sengaja mengelirukan rakyat. Kalau Israel tak wujud, apa logiknya PMX mahu mereka dikeluarkan daripada PBB? Fikiran dangkal yang disokong oleh walaun seperti ini menunjukkan kebodohan yang disengajakan. Mereka tahu kebenaran, tetapi memilih untuk memanipulasi demi survival politik.
PAS bukan sahaja hipokrit, malah pengecut. Mereka menggunakan agama untuk meraih sokongan, tetapi sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan sendiri. Fitnah mereka terhadap PMX hanya menunjukkan betapa rendahnya moral politik mereka.
Cukuplah kita ditipu oleh lebai-lebai ini. Politik kotor PAS hanya memecah belahkan rakyat dan mencemarkan imej negara. Sudah tiba masanya rakyat menolak pemimpin yang bermain dengan sentimen agama demi kepentingan diri. Kita perlukan politik yang matang, bukan pembohong berserban yang memperbodohkan rakyat...
#RakyatBijak #Respek #Perpaduan