PMX MENERIMA SAMBUTAN NEGARA DI PERU

 


Menerima sambutan negara dalam kunjungan rasmi ke atas Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan di Lima.












Dalam pertemuan ini kami berdua membincangkan peluang kolaborasi ekonomi antara kedua-dua negara selain Kerjasama Selatan-Selatan.


Malaysia juga membayangkan untuk menubuhkan ekosistem halal di Peru dengan memanfaatkan pembangunan Pelabuhan Chancay sebagai laluan strategik untuk mengeksport produk halal negara menembusi pasaran Amerika Latin.


Malaysia sedar kepentingan pelabuhan yang baharu dibangunkan ini dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur di pelabuhan tersebut.


Juga dibincangkan adalah soal kerjasama dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan.


Kami berdua turut berkongsi aspirasi yang sama dalam soal memerangi rasuah dan memperbaiki tatakelola di negara masing-masing.


Saya turut mempelawa Presiden Boluarte dan delegasi Peru untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan.


Kami berdua juga menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU), iaitu antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU).


MoU kedua pula terkait kerjasama pertanian antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Inovasi Pertanian Negara (INIA) manakala MoU ketiga antara Taylor’s University dan Pusat Latihan Pelancongan Peru (CENFOTUR) mengenai kerjasama dalam gastronomi dan hospitaliti.


Saya optimis hubungan Malaysia dan Peru akan berkembang pesat dengan pelbagai kerjasama antara kedua-dua negara.


======


Received a state welcome from President of Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra at the Government Palace in Lima.


I am optimistic that the relationship between Malaysia and Peru will flourish, supported by a range of collaborative efforts between our two nations.


#MalaysiaMADANI