Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Salam Malaysia Madani!
Alhamdulillah malam tadi saya meluangkan masa makan malam dan ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Singapura.
Seramai 70 orang diaspora Malaysia yang hadir, terdiri daripada komuniti perniagaan, NGO, bankers dan juga pelajar-pelajar.
Saya berada di Singapura untuk lawatan kerja dan saya turut berkongsi beberapa inisiatif KDN di bawah Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan pemeriksaan keluar masuk Malaysia & Singapura untuk rakyat Malaysia, sekaligus mengurangkan kesesakan di sempadan.
Yang telah dijalankan sejak Jun 2024 adalah imbas kod QR yang Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia yang keluar masuk ke Singapura untuk bekerja.
InsyaAllah hari ini saya akan bertemu rakan sejawatan saya di Singapura untuk beberapa program dan mesyuarat rasmi.
#MalaysiaMadani
#MDNReformImigresen