Meraikan satu usahasama baharu syarikat daripada Malaysia, Yinson Group dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Peru dengan pembukaan ladang solar di Arequipa yang kedua terbesar di Peru.
Peningkatan ketara perdagangan diantara Malaysia-Peru merupakan manifestasi kesungguhan negara bagi memudahcara perdagangan dua hala dengan pelaksanaan dasar yang jelas serta penekanan kepada memudahcara perniagaan (ease of doing business) yang diamalkan demi manfaat rakyat dan hubungan baik kedua-dua negara.
Saya percaya kerjasama ini merupakan satu bentuk usahasama global south yang bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah dalam membentuk masa depan lestari yang akan memanfaatkan negara dan rakyat Malaysia dan juga Peru.
#MalaysiaMADANI