𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗨𝗟 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝟭.𝟮 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥? 𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥


✍️ Ahmad Mursi


1.  Pembangkang ulangi fitnah bahawa Kerajaan Madani sengaja biarkan 1.2 juta pelancong China tidak keluar.


2.  Hakikatnya, angka itu timbul dari laporan Berita Harian pada Julai 2022 (Zaman Tebok Atap) laporan hal yang berlaku antara tahun 2018-2021.


3.  Menteri KDN yang terlibat ialah Muhyiddin (2018-2020) dan Hamzah Zainuddin (2020-2022). Keduanya pimpinan Bersatu.


4.  Semasa PN-PAS berkuasa, mereka gagal tanganinya tapi kini memanipulasi fakta dengan memfitnah Kerajaan Madani untuk raih sokongan emosi rakyat.


5.  Walaun kata, Zaman Tebok Atap sempadan ditutup kerana PKP. Faktanya, pelancong asing yang telah ada di Malaysia sebelum COVID-19 masih dibenarkan keluar dan tidak dibenarkan kembali. (Q&A KDN)


6.  Pelancong asing boleh dapatkan pas khas untuk tinggal sementara jika negara asal tidak benarkan mereka pulang semasa COVID-19. (Q&A KDN).


7.  Ramai warga asing yang tinggal lama melalui pelbagai visa seperti MM2H (mula tahun 2002), visa pasangan, dan visa pekerjaan jangka panjang dll yang wujud sejak 1960an dan 1980an.


8.  Program Malaysia My 2nd Home (MM2H) bermula tahun 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dengan harga lebih dari RM1juta (kini).


9.  Perangkaan rasmi DOSM merekodkan etnik Cina kekal 6.9juta dari tahun 2020-2024. Tiada lonjakan '1.2juta' seperti didakwa.


10.  Hati-hatilah dengan fitnah untuk menimbulkan permusuhan dan mencederakan perpaduan sesama rakyat Malaysia pelbagai kaum.