MSO
Bila sebut GISB maka teringatlah kepada Rufaqa. Bila sebut Rufaqa maka terbayanglah kepada GISB. GISB, Rufaqa dan Arqam adalah tiga nama yang satu badan. Tiga jasad satu roh.
Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dan memahami sejarah kewujudan tiga jasad dan satu roh ini secara mendalami terutama jenerasi selepas pemusnahan Darul Arqam.
Kalau mereka memgetahuinya itu pun dari cerita dan cakap-cakap lisan yang kurang tepat atau ada biasnya mengikut kecenderongan penyampai masing masing.
Kebetulan saya berkesempatan mengenali Arqam dari dekat setelah kewujudannya kira-kira satu dekad selepas penubuhannya. Tanpa menjadi ahli dan menganuti budaya pakaiannya saya boleh berada ditengah-tengahnya. Kesempatan ini membolehkan saya berkongsi cerita dan kisah.
Dengan kesempatan dan pengalaman itu saya akan bercerita tentang kisah jemaah yang telah diharamkan tahun 1994 kemudian dihidupkan kembali dan kini sedang menanti kehancuran secara total. Ada keganjilan dan kehebatan mengenai jemaah ini.
Jasad ketiga jemaah diasas Ashaari itu yang dinamakan Global Ikhwan Services dan Business (GISB) kini dalam proses penghancuran. InsyaAllah akan saya coretkan sejarah itu dengan berasaskan fakta dalam buku-buku saya yang akan dipadankan dengan maklumat kontemporari.
Semoga catatan itu nanti bermanfaat dan ada faedahnya jua. Trims.