Shukri Razab
Isu GISBH. Saya ada pengalaman peribadi. Semasa belajar di Labuan dulu, saya dan kawan-kawan pernah juga makan di restoren mereka di Ujana Kewangan. Mungkin akibat frekuensi kemunculan kami di restoren itu agak kerap, jadi ada seorang "ustad" GISBH selalu menyapa kami. Sangat mesra bahasa beliau.
Sebenarnya saya sendiri sudah faham ideologi mereka semenjak dari sekolah. Saya tahu serba sedikit tentang Aurad Muhamadiah / Zikir Agung mereka yang bermasalah.
Tapi masalah lagi besar ialah restoren mereka memang murah. Jadi kita makan dulu. Lagi pun restoren diorang ada logo halal. Hahaha. (lapar punya pasal)
Sampailah satu saat di mana sedang kami makan (datang kedai tu lagi), tiba-tiba 'ustad' yang mesra tadi tidak semena-mena duduk di meja kami dan menyeru agar kami segera berbai'ah dengan Abuya. Ayat beliau lebih kurang "Cepatlah berbai'ah sementara masih ada masa. Dunia dah nak kiamat".
Memang silaplah kau 'ustad'. Kami ni ikhlas nak makan je. Jangan ingat kami berkopiah dan berbaju melayu senang kena tipu. Waktu tu pula kalau ditoreh lengan kami, memang mengalir darah hijau pekat.
Lalu berlakulah perdebatan yang sebenarnya tidak perlu dan mulai saat itu hilanglah sumber makanan murah kami.
Siot punya 'Ustad GISBH'.
Apa yang lebih penting ialah tak perlulah mana-mana pihak cuba mempertahankan GISBH. Tunjang fahaman mereka memang sudah bermasalah. Dari situ bercambahlah masalah yang membarah. Atas kecelaruan yang sama Al-Arqam telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
#pasarikhwandiputrajaya