PENGESAHAN MUKHRIZ TAK MENGEJUTKAN, SEPATUTNYA SEMUA ANAK-ANAK TUN MAHATHIR PERLU DISIASAT SAMA



Mukhriz Mahathir, salah seorang anak Tun Mahathir Mohamad, selain Marina yang masih belum disentuh oleh SPRM, hari ini tampil mengesahkan bapanya memang merupakan subjek sebenar siasatan badan penguatkuasa anti rasuah itu.


Katanya, beliau melihat sendiri notis berkaitan hal itu yang ditujukan kepada dua abangnya, Mirzan dan Mokhzani.


“Saya melihat sendiri notis yang ditandatangani oleh Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada kedua-dua abang saya, Mirzan dan Mokhzani yang mana di awal notis itu menyebut bahawa siasatan adalah ditujukan ke atas Tun Mahathir.


“Kemudian diperlukan atau pun diarah kedua-dua abang saya itu untuk membuat pengisytiharan harta untuk membantu dalam siasatan,” katanya.


Mukhriz menambah, adalah membingungkan mengapa SPRM menyiasat anak kepada subjek sebenar dalam siasatan mereka.


Saya telah menulis sebelum ini bahawa bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Mirzan dan Mokhzani mendedahkan kepada sebuah media asing bahawa bapa mereka adalah subjek sebenar siasatan SPRM.


Ini kerana, saya berpendapat, Mirzan dan Mokhzani bukanlah sesiapa di dunia ini jika mereka bukan anak Tun Mahathir.


Lagi pula, untuk menyiasat Tun Mahathir atas kekayaan yang mungkin dimilikinya atau bagaimana anak-anaknya boleh menjadi terlalu kaya juga bukanlah pelik di bawah kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim.


Menjadikan Tun Mahathir sebagai sasaran siasatan adalah janji yang telah lama diungkapkan oleh Anwar dalam perjuangan reformasinya.


Setelah menjadi Perdana Menteri sekarang, ia adalah masa untuk Anwar menunaikan janjinya.


Dengan itu, sama seperti tidak menghairankan bila Mirzan dan Mokhzani sehelum ini mendedahkan bahawa bapa mereka adalah subjek sebenar siasatan SPRM, pengesahan Mukhriz ini juga sama sekali tidak mengejutkan.


Malah tidak menghairankan jika Mukhriz juga bakal disiasat dan diminta mengisytiharkan kekayaan dimilikinya kepada SPRM selepas ini.


Takkan dua anak Tun Mahathir saja yang kena siasat?


Lebih lengkap siasatan SPRM terhadap Tun Mahathir sebenarnya jika kesemua anak-anaknya dipanggil untuk disiasat dan diminta mengisytiharkan kekayaan masing-masing. – ShahbudinHusin 31/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/31/pengesahan-mukhriz-tak-mengejutkan-bahkan-sepatutnya-semua-anak-anak-tun-mahathir-perlu-disiasat-sama.html



1 comment:

Anonymous said...

Itu mudah ... Tun M memberi secara menyalah guna kyasa semasa dia jadi pm dulu.