KAFIR


Adrian Lim Chee Ann. 


Selalu je insan kerdil ini dilabel. Ada label-label lebih teruk. Tapi tak mengapa. Itu asam garam kehidupan.


It used to bother me. Lama dulu.

But now, no.


Dalam pengalaman saya, menarik ada juga, bernasib baik ada juga.


Sebab yang label saya kafir itu…… Muslim.

Rasa sakit hatilah. Itu dulu.


Tapi yg meyakinkan saya bukan semua Muslim sebegitu…… pun Muslim juga. Itu kemudian.


Sepanjang berkenalan, ada kawan saya seorang ni dia selalu dan sangat passionate kongsikan tentang misconception dan salah faham tentang Islam. Dari situ saya dengar, fikir dan hadam. Jadi banyak benda saya belajar juga.


Sebab itu walaupun saya Cina, tetapi kebanyakan pemahaman saya tentang topik Melayu Muslim adalah sangat berbeza dengan pemahaman “Cina Bukit” tentang topik Melayu Muslim.


Sebab ada kawan saya seorang ni banyak inform dan jelaskan. Kemudian saya dengar dan baca.

 

Berbalik kepada isu kafir.


Beberapa tahun lalu kawan saya ini beritahu. Dalam konteks kemasyarakatan, apa niat sebenar orang yg mengungkapnya? Dia saja mengungkap tanpa apa-apa niat? Atau niat dia sebab nak menghina kamu?


Biasanya dalam konteks politik, ungkapan itu sebenarnya membawa niat nak menghina. Atau nak menjatuhkan. Atau nak memecahbelahkan.


Sebab kalau bukan label kafir, dia akan guna istilah lain juga. Muka sial lah, gemuk lah, pendek lah, planta lah, apa-apa lah. Niat itu sama. Cuma label yang digunapakai berbeza.


So, just take label “kafir” with a pinch of salt. Tak perlu terasa sangat dan tak perlu membalas.


Sebab itu sekarang, it does not really bother me anymore. Kerana jati diri dan maruah saya tidak terbentuk dengan label-label yang diungkap oleh orang lain.


Dan saya juga bersetuju dengan kenalan Muslim saya seorang ini.


Melihat perpecahan, peperangan dan porak peranda di seluruh dunia, sememangnya dunia ini dan manusia yang menghuni dalam dunia ini memerlukan lebih banyak kasih sayang. This world really needs more kasih sayang sesama insan.


Jadi saya fokus pada yang baik. Seperti kawan saya itu.


Dan abaikan negativity. Seperti orang-orang yang berniat menghina, memecah-belah dan memporak-perandakan.


Salam Ramadan kepada yang bersedia sahur.



No comments: