KOMENTAR


MSO





 Pagi ini saya dan Sdr Shahbudin Husin diundang untuk makan pagi bersama beberapa rakan terdiri bekas pegawai tinggi kerajaan. Sambil makan membicarakan segala hal negara termasuk menilai performance kerajaan hari ini. 


Saya dan Shahbudin yang dikira dapat memberi pandangan telus tentang beberapa isu sebagai penulis, dan dianggap ada pelbagai maklumat. Sebenarnya kami sedia datang untuk mendapat apa² komentar mereka sebagai bekas penjawat awam tentang kerajaan hari ini dan juga penilaian mereka terhadap Perdana Menteri ke 10.


Selepas setaruk, setaruk isu yang dibuallah dari mengkritik sesetengah tindakan karajaan dan Anwar kepada pujian dan kekaguman yang ditunjukan oleh PM itu.


Misalnya seorang perserta jemputan melepaskan kekecewaannya kepada cara Mahiaddin Yassin berpolitik. Beliau kesal apabila Mahiaddin menolak cadangan Yang diPertuan Agong agar diwujudkan kerajaan Pepaduan. 

Beliau yang juga bekas pimpinan Umno bahagian menyifatkan penolakan Mahiaddin itu suatu kebodohan. Beliau meletakkan kecelaruan politik Melayu kini kerana tidak bijaksananya Mahiaddin membuat tindakan dan keputusan.


Ahli jemputan lain pula lebih bersikap terbuka dan mengharapkan Anwar dapat melakukan reform ke atas kerajaannya dengan lebih objektif lagi.


Perjumpaan pagi ini boleh dirumuskan bekas penjawat tinggi kerajaan menaruh harapan perubahan pentadbiaran negara dibawah Anwar lebih baik. 


Sehubungan itu mereka sepakat, semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dan menggunakan apa juga kemahiran yang ada. Jelas beberapa reform dilakukan Anwar menarik perhatian rakyat. Trims.