BERNIAGA DI BANDAR DAN BADARAYA BUKAN BOLEH PACAK KEDAI IKUT SUKA.



Asyraff Jeffery


 Tertonton video peniaga mengamuk dengan penguatkuasa kerana rampas barang berniaga,kemudian ramai yang komen;

.


"Kesian orang Melayu ditindas oleh bangsa sendiri. Orang asing berniaga bebas,tidak diganggu."

.


Pertama sekali,saya tidak nafikan ada penguatkuasa yang tidak amanah dalam hal ini seperti semua sedia maklum. Tapi dalam masa yang sama,ramai penguatkuasa yang jalankan tugas dengan sebaik mungkin.

.


Yang kedua,tindakan ini adalah sangat bagus kerana orang yang menjaja di tempat awam tanpa kebenaran memang terbukti lakukan kesalahan dam adil kepada peniaga-peniaga yang membayar tapak. Belum lagi kita bandingkan dengan peniaga yang sewa kedai. Dan yang menarik, harga yang dijual adalah lebih kurang sama.

.


Yang ketiga,percayalah yang mentaliti orang tidak sama. Ada peniaga yang akan berkeras walaupun sudah diberi notis dan amaran. Mereka percaya yang itu adalah hak mereka walhal mereka sedang lakukan kesalahan yang nyata. 

.


Kalau anda perhatikan, masalah sebegini jarang berlaku kepada peniaga yang ikut undang-undang dan peraturan. Peniaga yang bagus,bila diberi notis, mereka akan berusaha keras untuk penuhi tuntutan. Kalau tidak dapat,mereka akan keluar dengan baik walaupun hati tidak reda. 

.


Percayalah,ini bukan isu rasis atau berat sebelah. Tetapi ini adalah isu undang-undang. Sekali lagi,saya tidak nafikan wujud penguatkuasa yang tidak amanah tetapi usahlah kita pukul rata semua kes adalah sama. Maka,bersangka baik adalah langkah yang mulia berbanding mengeji tanpa usul periksa.

.


Bye.



1 comment:

Anonymous said...

Walaun & walauntit semua suka guna undang undang CowBoy, silap haribulan depa akan kafirkan penguatkuasa tersebut dan siap hantar ke neraka