TERIMA ATAU TIDAK- IKUT DIA LAH. BUKAN BOLEH LAYAN SANGAT HADI AWANG NI

 

Ada lebai berbangga bercerita Hadi tak mahu terima kedatangan DS Anwar untuk menziarahinya yang sakit. Katanya DS Anwar berbohong sebab di status DS Anwar dinyatakan tak dapat bertemu Hadi sebab baru habis rawatan dan perlu berehat.


Aku tak tahu cerita mana yang betul. Tapi kalau kata Hadi tak mahu berjumpa dengan DS Anwar, tak pelik pun. Punya banyak dosa Hadi terhadap DS Anwar, macam-macam yang dikatakannya., tak mengejutkan kalau Hadi malu nak bertemu DS Anwar.


Tapi sama ada sebab doktor suruh berehat atau pun memang Hadi yang tak mahu jumpa DS Anwar, yang jelas ialah sikap murni DS Anwar yang masih pergi menziarah orang yang sakit walaupun orang tersebut sangat sangat memusuhi dirinya.


Manakala Hadi yang walaun gelar tok guru dan dakwa sebagai ulama tu, tidak langsung memaparkan akhlak seorang muslim yang baik apabila menolak tetamu, kalau betul Hadi yang enggan terima kedatangan DS Anwar untuk menziarahinya.


Ada walaun dakwa DS Anwar datang menziarah Hadi sebab nak pujuk supaya menyokong kerajaan agar beliau boleh kekal sebagai PM. Tapi dengan kerja nak tebuk atap yang gagal teruk, kita pun tahu cerita itu hanya rekaan walau semata-mata.


Dengan senarai SD palsu yang mana nama Lim Guan Eng & Taufik Johari turut tersenarai, dengan Hamzah Zainuddin pun turut menafikan kewujudan senarai SD tu dan hakikat PM hanya boleh didesak letak jawatan melalui usul undi tak percaya di dalam dewan, jelas tiada sebab untuk DS Anwar nak merayu kepada Hadi seperti mana dakwaan walaun.


Jadi terima kasihlah kepada lebai dan walaun yang secara sukarela telah mendedahkan kemuliaan hati DS Anwar serta betapa buruknya perangai seseorang yang mereka gelar tok guru itu. Begitulah hebatnya perancangan Allah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: