MMMS
Masalah dengan Un, mereka sentisa ghuluw dalam semua perkara. Menziarahi orang sakit itu adalah Sunnah Nabi SAW, dan DSAI sekadar melaksanakan Sunnah.
Mungkin Un tak jumpa hadis Nabi SAW di bawah.
Daripada Thauban R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِى خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia berada dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang."
Riwayat Muslim (6717)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ : طِبْتَ ، وَطَابَ مَمْشَاكَ ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru yang menyeru dari langit: Kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak mendapat satu tempat di syurga."
Riwayat Ibn Majah (1443) dan al-Tirmizi (2008)
Daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، لَمْ يَزَلْ يَخُوضُ فِي الرَّحْمَةِ حَتَّى يَجْلِسَ ، فَإِذَا جَلَسَ اغْتَمَسَ فِيهَا
Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia akan terus berada dalam naungan rahmat sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk, dia bersama dalam rahmat-Nya."
Boleh pula dia tulis Anwar berbohong, kononnya menjatuhkan nak maruah Anwar. Takat benda macam ini perkara biasa sahaja bagi Anwar, itu menunjukkan sifat magnanimous Anwar terhadap sesiapa sahaja dia tidak berdendam. Lagipun, yang hendak berjumpa itu Perdana Menteri Malaysia bukan calang-calang orang. Yang hendak di jumpa itu hanya MP biasa, siap Anwar panggil "sahabat" lagi. Maknanya dengan jawatan yang tinggi itupun Anwar masih ada sifat rendah diri, which is a good trait for a leader.
Kasihan walaun, Allah dah tutup aib, dia pula boleh pergi korek dan tayang pada umum.