KISAH ULAMA CERDIK DAN BODOWWW...

 


Dr. Rozaimi Ramle ada PhD dalam bidang hadits. Kalau nak kata ulama, Dr. Rozaimi ni bagi aku boleh dah digelar ulama. Tapi setahu aku dia sendiri tak berani nak guna gelaran tu.


Begitu juga Dr. MAZA, mufti Perlis. Dr. MAZA juga ada PhD, juga dalam bidang hadits, kalau tak silap aku. Dan Dr. MAZA terlebih layak digelar ulama tapi sama, aku tak fikir Dr. MAZA mahu digelar begitu.


Kedua-dua tokoh ini, aku tak berkenan bila bercakap soal politik. Terutama Dr. MAZA. Aku dapati selalu Dr. MAZA terpengaruh dengan sentimen semasa yang jadikan pendapatnya ada kecacatan.


Tapi dari bidang hadits, aku salute keduanya. Selalu aku rujuk tulisan mereka kalau hal-hal terkait hadits. Selalu juga aku ikuti kuliah mereka di media sosial. Wacana yang sungguh berilmu.


Cuma tadi aku tergelak baca post seorang pentaksub. Tak pasti kenapa posting selawak itu boleh lalu di newsfeed aku. Tapi jujur aku memang rasa kelakar. Kesian pun ada juga kepadanya.


Ceritanya tentang kritikan Dr. Rozaimi terhadap ustaz pujaan mereka. Soal tutur kata, soal hadits palsu yang digunakan, soal tuduhan sesat tanpa bukti. Tapi aku tengok teguran  Dr. Rozaimi dan Dr. MAZA memang bertertib dan penuh adab.


Yang aku tergelak, sebab di pentaksub tulis, "kami tetap bersama ulama'. Jadi aku tertanya, apa nilai gelaran ulama pada mereka? Siapakah yang pada mereka boleh digelar ulama?


Ulama ni kata jamak kepada alim. Bermaksud orang yang berilmu, orang yang mahir. Kalau dah ada PhD, tidakkah orang itu berilmu? Yang itu tak mahu digelar ulama. Sedangkan yang tak ketentuan sijilnya pula yang disanjung sebagai ulama?


Masalah orang kita, para pentaksub, mereka anggap sesiapa yang mengajar agama boleh dikira ulama. Tak betul tu. Nak gelar ustaz mungkin boleh tapi nak kata ulama, tak semudah itu.


Dah yang lebih masalah, hanya yang sekapal dengan mereka je boleh dapat gelaran ulama tu walaupun tak pasti setinggi mana ilmunya. Kalau tak sekapal, ada PhD pun tak boleh gelar ulama.


Ini pandangan yang salah. Bukan semua orang yang bergelar ustaz itu ulama. Terutama yang gelarannya datang dari pengikut saja. Gelaran syok sendiri. Usah jadikan gelaran ulama itu murah.


Aku tak menghina mana-mana ustaz. Aku cuma nak nyatakan kebenaran di sini. Jangan bila orang tu berjubah, berserban, berjanggut panjang, kelek kitab, mengajar agama, maka terus dipanggil ulama. Ia tak begitu.


Nilai gelaran ulama itu tinggi. Biarlah mereka yang betul-betul layak, yang terbukti keilmuan mereka, baru digelar ulama. Itu pun ulama dalam bdangnya. Bukan semua bidang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: