Makin rancak cerita tebuk atap ni. Tadi dekat X (aku baru nak bermesra dengan platform ni), aku nampak Gomo siap share gambar Samsuri pakai baju Melayu. Macam ready nak angkat sumpah gitu.
Dorang dakwa dah ada 120 SD. Dah submit ke YDP Agong dah. Maknanya DS Anwar dah hilang sokongan majoriti. Jadi kerajaan akan jatuh. Itu yang RPK kata.
Tapi setakat kumpul SD tak cukup. Kalau bawa 120 SD jumpa YDP Agong pun, dalam perlembagaan tak ada peruntukan untuk YDP Agong untuk pecat PM. Jadi PMX kekal PM melainkan kalau buat usul Undi Tak Percaya.
Kalau betul pembangkang ada 120 SD, nanti sidang parlimen boleh buat usul. Kalau boleh menang dengan usul tu, baru DS Anwar terpaksa letak jawatan. Baru boleh bentuk kerajaan baru dengan PM baru.
Selagi usul tak dibuat, selagi tu PMX takkan jatuh. Yang dulu masa Langkah Sheraton tu, Mahathir letak jawatan. Sekarang ni DS Anwar tak letak jawatan jadi SD tak boleh bikin apa buat masa ini.
Aku pun terfikir, apa yang buat walaun percaya sangat tebuk atap akan berlaku sedangkan sekarang dah ada akta Anti-Lompat Parti. Bila aku tonton satu video RPK baru aku faham kenapa walaun percaya.
Menurut RPK, akta Anti-Lompat Parti ni hanya untuk MP yang keluar dari partinya. So kalau ada MP UMNO yang sokong Mahiaddin ke, Samsuri ke jadi PM, masih tak langgar akta Anti-Lompat Parti tu sebab mereka cuma sokong tapi kekal ahli UMNO.
Sebenarnya betul apa yang RPK katakan tu. Memang kalau MP kerajaan sokong mana-mana usul daripada pembangkang tak jadi kesalahan pun. AKAN TETAPI bukan semua usul la.
Masa Kerajaan Perpaduan baru dibentuk, semua parti ada tandatangan satu MoU. Antara yang terkandung dalam MoU tu adalah tentang sokongan macam ni la.
Sekiranya mana-mana MP menyokong mana-mana usul yang boleh memberi kesan kepada keabsahan kerajaan, maka MP itu dikira meninggalkan parti. Jadi akta Anti-Lompat parti terpakai di sini.
MP kerajaan yang sokong usul undi tak percaya (kalau PN berani bawa) akan hilang kerusi mereka dan PRK perlu diadakan. Malah untuk MP UMNO, mereka kena bayar RM100 juta pula kepada parti.
Rasa-rasanya ada tak MP yang berani nak sokong usul undi tak percaya tu?
Begitulah ceritanya. Apa yang RPK cakap tu betul. Tapi tak sepenuhnya. Ada perkara lain yang dia tak cerita. Mungkin betul akan ada yang berani nak sokong usul tu tapi kosnya amat besar bagi mereka. Guane boh?
Raja Gelap II
.