Tak habis la cerita cukai perkhidmatan naik 2% ni. Tadi ada orang tunjuk video Mat Saleh mana bising subsidi akan dihentikan untuk T20 pulak. Aku pun tak pasti Mat Saleh tu orang Malaysia ke bukan.
Dia macam ni. Masalah negara kita sekarang ini, hutang dah menggunung hingga mencecah RM1.5 trillion. Kalau negara teruskan tren berhutang begini kita boleh bengkrap tak berapa lama lagi.
Kenapa hutang kita tinggi? Sebab 3 tahun terakhir ni perbelanjaan besar, ketirisan banyak berlaku dan pelaburan kurang masuk. Ketirisan sedang dikawal, pelaburan juga sedang diusahakan. Sekarang ini masa untuk kurangkan perbelanjaan.
Apa punca perbelanjaan negara tinggi? Salah satu darinya adalah kerana subsidi. Belanja subsidi lebih besar daripada belanja pembangunan. Jadi sesuatu harus dibuat. Tapi takkan nak tarik terus subsidi?
Belanja subsidi tinggi sebab ia diberi kepada pihak yang tak layak. Contohnya golongan maha kaya. Golongan ini sapu lebih 50% daripada peruntukan subsidi petrol. Sebab kenderaan yang dorang pakai jenis minyak larap. Lebih dari sebijik pulak tu.
Golongan lain adalah pendatang asing. Mereka ni bukan rakyat tempatan. Tapi mereka yang bedal subsidi kita. Sebab tu kerajaan kena kawal. Kalau tak, akan jadi kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Jadi subsidi ni tak boleh disifarkan terus. Sebab ada ramai lagi rakyat yang perlukan. Itu yang lahir idea subsidi bersasar. Pun begitu, kerajaan masih perlu dana untuk tampung perbelanjaan.
Sebenarnya mana-mana kerajaan pun, cara buat duit adalah melalui cukai. Suka tak suka, kerajaan perlu, sama ada perkenal cukai baharu atau naikkan cukai yang sedia ada. So kerajaan ini pilih naikkan cukai perkhidmatan.
Tapi niat kerajaan masih lagi tak mahu bebankan orang miskin. Jadi untuk perkara yang paling selalu diguna iaitu makanan, minuman & telekomunikasi diberikan pengecualian. Supaya rakyat terutamanya yang miskin tak terasa kesan secara langsung.
Tapi pengilang, pengeluar tetap akan terkesan juga. Kos mereka akan naik contohnya dari segi logistik dan ada kemungkinan nanti mereka akan pindahkan kenaikan kos tersebut kepada pengguna akhir iaitu rakyat marhaen.
Betul, kos mereka akan naik. Tapi berapa banyak? Mereka mungkin pindahkan kenaikan kos tu kepada pengguna tapi berapa banyak? Kenaikan yang mereka alami cuma 2% peratus sahaja. Kena ingat.
Jadi kepada semua yang bising ni, aku nak tanya. Apa idea korang nak kurangkan hutang negara? Nak hentikan terus subsidi? Mana lebih membebankan rakyat, hapuskan subsidi atau naikkan cukai 2%?
Begitu juga yang bising kos golongan maha kaya (bukan T20) akan naik kesan subsidi dihentikan bagi mereka. Jadi nak teruskan subsidi itu? Dari mana kerajaan nak cekau duit? Tambah hutang?
Masing-masing komen bukan main bijak. Tapi idea tak ada. Masa PN memerintah dulu, apa yang PN buat? Tambah hutang je. Belanjawan defisit setiap tahun. Itu namanya nak musnahkan negara.
Ada pula mangkuk yang cadangkan GST. Bukan aku tak setuju GST tapi bukan masa ini. Ekonomi masih belum pulih selepas dirosakkan oleh PN. Rakyat masih susah. Masa ini, naikkan cukai perkhidmatan 2% adalah yang paling minimum impaknya kepada marhaen.
Kebanyakan yang berkata buruk sebenarnya bukan kisahkan kewangan ataupun survival negara. Tapi semuanya lebih kepada politik. Mereka ni berniat jahat, hanya nak menampakkan DS Anwar jahat je.
Hakikatnya kalau difikirkan, kita tak ada pilihan lain. Kalau nak teruskan subsidi dan tak naikkan cukai, kita kena teruskan berhutang dan kemudian jatuh bengkrap.
Atau kawal subsidi, naikkan cukai yang paling sikit kesannya secara langsung kepada rakyat miskin dan kurangkan hutang supaya negara kita boleh lebih makmur di masa akan datang. Boleh berfikir? Guane boh?
Raja Gelap II
.