PM NYATAKAN SOKONGAN JITU MALAYSIA BANTU RAKYAT PALESTIN MENERUSI PERBUALAN TELEFON DENGAN KETUA HAMAS

 


1. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika perbualan menerusi telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh  menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.


2. Dipetik dari laman Facebook Perdana Menteri, beliau menyatakan sokongan agar pengeboman Israel di Gaza dihentikan serta penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.


3. Beliau turut mengkritik Israel agar meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, melaksanakan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mengejar resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.


4. Perdana Menteri pada masa yang sama turut menyatakan komitmen Malaysia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan khususnya makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.


5. Serangan pengeboman Zionis Israel sejak 10 hari lalu menyebabkan seramai 2,670 rakyat Palestin maut termasuk 750 kanak-kanak dengan jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 9,600 orang.


Sumber: Astro Awani 


#KomunikasiKomuniti 

#MalaysiaMADANI 

#PilihPerpaduan



No comments: