Pencapaian PM, Kerajaan Perpaduan Dalam Tatakelola


 Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN: Terdapat banyak kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 9 bulan mentadbir Malaysia.


Tatakelola mengenai kontrak dan tender: PM arahkan mesti melalui tender terbuka.


Tatakelola mengenai GLC dan GLIC: PM putuskan hanya golongan profesional yang layak dan bermerit sahaja dilantik.


Tatakelola mencegah ketirisan dan rasuah: PM beri kebebasan penuh di bawah undang-undang yang ada supaya SPRM dan PDRM menjalankan tugas penguatkuasaan mereka tanpa takut dan pilih kasih.


Tatakelola mengenai sistem perundangan: PM mengambil inisiatif supaya Menteri Undang-undang menjalankan libat urus yang bertujuan pada akhirnya memisahkan jawatan Peguam Negara dengan jawatan Pendakwaraya


Tatakelola menjunjung prinsip pengasingan kuasa: PM sebagai Ketua Mesyuarat Dewan Rakyat memberi ruang kebebasan untuk Speaker mengambil beberapa inisiatif untuk melakukan reformasi di Parlimen. Antaranya ada cadangan untuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.


Tatakelola yang menghormati kedaulatan undang-undang: PM memberi jaminan dan komitman untuk melindungi kebebasan badan kehakiman.


Tatakelola untuk menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat: PM beri keutamaan kepada keterjaminan bekalan makanan atau food security dan mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi. PM telah merombak sistem pemberian AP dan beransur-ansur mengurangkan cengkaman golongan orang tengah dan kartel yang menindas rakyat dalam rantaian makanan serta perkhidmatan.


Tatakelola yang menjanjikan perubahan kehidupan berbelas juta rakyat pekerja di negara ini ialah inisiatif kerajaan memperkenalkan sistem gaji progresif sebagai jalan ke arah rakyat berpendapatan tinggi.


Tatakelola yang menjanjikan kemajuan dari segi ekonomi dan penghapusan sistem kapitalis kroni ialah langkah untuk menghapuskan sistem Alibaba dalam pemerolehan tender dan kontrak projek kerajaan.


Dengan adanya tatakelola pentadbiran yang tersusun ini walaupun tidak nampak di mata umum tetapi hasilnya pertama, program subsidi membantu rakyat dapat diteruskan; kedua, harga minyak petrol dan diesel masih dapat dikawal pada paras mampu rakyat; ketiga, kadar inflasi menurun; keempat, kadar pengangguran juga menurun; kelima, ada pertumbuhan ekonomi negara; dan keenam, defisit negara bagi belanjawan tahunan dapat dikurangkan.


Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

No comments: