GAMBAR LAWATAN PMX KE HSA JB.

 













Usai sesi menghadap saya terus adakan tinjauan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.


Tinjauan ini dibuat selepas menerima laporan daripada Menteri Besar Johor dan Menteri Kesihatan tentang kesesakan kritikal di HSA yang berlaku sejak puluhan tahun lalu.


Selepas melihat sendiri kemudahan dan fasiliti di sini serta meneliti permintaan yang dibuat saya meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur HSA.


Ia merangkumi pembinaan parkir bertingkat yang harus disegerakan serta pembinaan beberapa blok bertingkat baharu di HSA.


Saya berharap usaha ini dapat mengurangkan kesesakan di HSA dan juga memberikan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan di hospital ini, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: