Saya tak mahu jadi PM jika perlembagaan dipertikaikan - Anwar



Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menjadi perdana menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikaikan. Berucap dihadapan ratusan hadirin di Ceramah Mega Perpaduan Madani pilihan raya kecil (PRK) DUN Simpang Jeram malam ini, Anwar menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.





No comments: