STATUS TERKINI KESIHATAN YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB






ALOR SETAR, 22 JULAI 2023 – Dukacita dimaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.


2. Beliau kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.


3. Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.


4.       Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa. 


5.   Pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.


SYAKIRIN HUSNAL

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA MENTERI KPDN,

ALOR SETAR, KEDAH, 

SABTU, 22 JULAI 2023,

8.00 PAGI.



No comments: