Ketika Mahathir tinggalkan UMNO dan tubuhkan Bersatu, dia mula hilang nilai di mata penyokong tegar UMNO. Sebab itu Bersatu cuma menang 13 kerusi dalam PRU14.
TAPI Mahathir masih bernafas dalam politik kerana sokongan daripada penyokong PH. Malangnya di bulan Februari tahun 2020, Mahathir mengkhianati PH pula hingga runtuhnya sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
PRU15, Mahathir ditolak secara total. Semua kerusi yang ditandingi oleh partinya hilang deposit meski dia turut memainkan irama perkauman yang jadi senjata utama PN waktu itu.
Setelah mengkhianati UMNO, Mahathir terselamat dengan bantuan PH. Tapi bila dia khanati PH pula, maka tiada apa yang tinggal padanya lagi. Hanya debu yang bakal ditiup angin.
Mahathir sedar keranda politiknya sedang diusung. Tapi demi dendam kesumat, dia belum mahu undur. Malah rela gadai maruah untuk bersama parti yang pernah dia hina dahulu.
Sementara bagi PAS, mereka sendiri boleh rasakan penolakan rakyat terhadap agenda perkauman yang dibawa selain perangai busuk sebahagian besar pemimpin mereka.
PAS sudah tak punya senjata ampuh. Begitu juga, PAS ketandusan pemimpin berwibawa. Dah terbukti ketika PAS dalam kerajaan, tidak ada seorang pun menteri dari PAS yang berjaya menjalankan tugas dengan baik.
Meminjam saki baki aura Mahathir adalah langkah terakhir yang PAS boleh lakukan waktu ini bagi menampung lompong kepimpinan dalam parti itu setelah semua pemimpin berkaliber telah mereka singkir sebelum ini.
Jadi kenalah tu bila loser bergabung dengan loser. Ibarat sirih pulang ke gagang.
Tapi awas. Lepas ni hasutan dan fitnah perkauman pasti akan berkali ganda lebih hebat dimainkan. Dan pasti Mahathir akan reka cerita begitu begini yang kononnya berlaku waktu 22 bulan dia jadi PM atas ihsan PH dulu.
PH kena ambil langkah proaktif dan aktifkan perisai sebelum diserang dengan lebih banyak fitnah dari PAS + Mahathir. Kalau pemimpin PH nak terus lena, maaf, kami tak mampu buat apa-apa. Guane boh?
Raja Gelap