PH – BN OPTIMIS MENANG DI KEDAH




 

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Nawawi optimis Kerajaan Persekutuan mampu menguasai semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, gabungan berkenaan yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi iaitu bilangan diperlukan untuk majoriti mudah daripada 36 kerusi DUN.

Bagaimanapun, katanya, usaha memenangi kerusi luar bandar lebih mencabar.

“Kerusi luar bandar nampaknya kukuh dalam genggaman Pas, tetapi PH dan BN menyasarkan menang sekurang-kurangnya separuh daripada 36 kerusi dipertandingkan.

“Saya turun padang setiap hari untuk mendengar suara rakyat dan memahami ‘mood’ mereka. Senario politik telah berubah dan Pas tidak lagi boleh berkata ia mampu ‘sapu bersih’ 36 kerusi,” katanya dipetik.

Phahrolrazi berkata, corak pengundian khususnya dalam kalangan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun di negeri itu menunjukkan perubahan ketara.

Rakyat Kedah umumnya, kata beliau, tidak berpuas hati terhadap hubungan tegang antara negeri itu dengan Putrajaya akibat beberapa kenyataan pedas dilontarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor.

“Sentimen perkauman digunakan untuk bermain politik, dan ini akhirnya hanya merugikan kita semua,” katanya lagi.


No comments: