Politik anak muda perlu didasari perdebatan dan penyelidikan yang
rasional untuk mendapat sokongan masyarakat.
Sehubungan itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia,
Atyrah Hanim akan melancarkan Kongres Suara Anak Muda yang akan berlangsung di
PJ Live Arts, Petaling Jaya pada 15 Julai ini.
Kongres itu bertujuan menggalakkan pemimpin sayap muda membahaskan
politik dasar awam supaya anak muda yang menceburi politik lebih berilmu
pengetahuan dalam penggubalan undang-undang dan dasar pentadbiran awam.