PASTIKAN CALON MUDA TERKUBUR DAN HILANG DEPOSIT.KERANA APA, KERANA TIDAK PUNYA NILAI PERSAHABATAN

 




NAINUDDIN OMAR


MUDA akan letak Amir Hariri lawan kerusi yang sekarang disandang oleh Dr Siti Mariah Mahmud dari AMANAH.

Perlu diingat, Kerusi Puteri Wangsa DUN Johor adalah hadiah AMANAH pada Amira MUDA yang beliau menangi.

Tak boleh percaya betul budak-budak ini.

******************

Muda hari ini menamakan empat calon pertamanya yang akan bertanding pada enam pilihan raya negeri akan datang.

Kumpulan pertama ini, diketuai oleh setiausaha agung parti Amir Hariri Abd Hadi, yang akan diturunkan di DUN Sri Serdang.

Selain Amir, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen di DUN Batu Tiga, Thanusha Ramanieswaran (DUN Sentosa), dan Melanie Ting (DUN Bukit Antarabangsa).

Selain DUN Sri Serdang yang dimenangi oleh Amanah, tiga lagi kerusi itu dimenangi oleh PKR pada 2018.

Setiap kerusi berkenaan dimenangi dengan majoriti lima digit.

Amir, 32, merupakan aktivis belia dan hak asasi manusia sejak sekian lama sebelum menyertai Muda.

Penyandang Seri Serdang ialah Dr Siti Mariah Mahmud - yang tidak dijangka mempertahankan kerusinya.

Calon Batu Tiga Saiyidah Izzati, 35, merupakan seorang peguam dan kini adalah timbalan ketua Muda Shah Alam.

Pada Jun lau, dia dilantik oleh kerajaan negeri sebagai Duta Perpaduan Selangor untuk Batu Tiga.

Penyandang Batu Tiga ialah ahli exco negeri Rodziah Ismail.

Thanusha Ramanieswaran

Di DUN Sentosa, calon Muda Thanusha, 24, adalah ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti dan seorang guru yang kini berkhidmat kepada komuniti pelarian.

Penyandang kerusi yang mahu ditandinginya ialah Gunarajah George.

Sementara itu, calon Muda di Bukit Antarabangsa, Ting, 23, adalah ketua penerangan parti itu, dan merupakan aktivis pemerkasaan wanita.

Penyandang Bukit Antarabangsa ialah bekas menteri besar Azmin Ali.

Bagaimanapun, Azmin dijangka tidak akan mempertahankan kerusi itu, dengan spekulasi berleluasa bahawa dia sebaliknya akan bertanding di Hulu Kelang.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang akhbarnya berkata calon-calon itu melalui proses saringan menyeluruh bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan dalam semak dan imbang kepada kerajaan negeri.

Tambahnya, semua calon yang dikemukakan adalah pro-rakyat dan mampu berkhidmat kepada masyarakat di kawasan yang mereka tandingi.

“Calon kita muda dan segar, mempunyai idealisme tinggi dan kita pasti jika diberi peluang, mereka boleh menjadi suara untuk rakyat.

“Ia benar-benar mencerminkan warna Malaysia dan ia akan menjadi suara hati nurani kita,” kata Syed Saddiq pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Kumpulan calon seterusnya dijangka diumumkan Isnin depan.

 

No comments: