KEH KEH..MEMBUNUH HASRAT PN PAS DI SELANGOR

 





Kajian terbaru Endeavour-MGC yang dijalankan ke atas pengundi Melayu di semua 56 DUN di Selangor  mendapati 71% berpuas hati dengan prestasi MB Selangor, YAB Amirudin Shari. Hanya 28% yang tak berpuas hati manakala 1‰ berkecuali.


Kajian itu juga mendapati 68% daripada responden berpuas hati dengan prestasi keseluruhan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PH manakala 28% tak berpuas hati dan hanya 1% berkecuali. 


Manakala bagi calon MB pula, 46% rakyat Selangor mahu Amirudin terus menerajui negeri itu. Calon kedua popular pula adalah KJ dengan 24% diikuti Tengku Zafrul dengan 10%. Azmin pun hanya dapat 6% dan Noh Omar hanya 3%.


Baca berita selanjutnya di https://shorturl.at/FNT68 untuk memahami bagaimana kajian ini dijalankan. Kepada walaun, baca dulu sebelum nak pertikaikan dapatan ini. Jangan malas membaca.


Cuma aku terfikir, yang 28% tak puas hati prestasi MB dan 31% prestasi keseluruhan kerajaan negeri tu, cuba tanya dia apa yang tak puas hati. Rasanya memang tak mampu dia nak jelaskan. Dia rak puas hati cuma sebab lebai tak jadi MB.


Apa pun, tahniah MB Amir. Jelas MB telah jalankan amanah dengan baik. InsyaAllah Selangor akan kekal sebagai kubu kuat PH. Dan rasanya PRN ini gabungan PH dan BN akan beri pukulan KO terus buat PN. Biar 56-0 terus. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.