𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡



















Zusdin Kembali


#𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 #𝗕𝗶𝗮𝗿_𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁_𝗙𝗮𝗵𝗮𝗺 

#𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽_𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙_𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗽𝗱 𝗦𝘆𝗶𝗮𝗿 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗜𝗨𝗠 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗨𝗜𝗔𝗠 (𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮) 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


Berikut penulisan-penulisan dan bukti berdokumen Legasi DSAI dalam melangsungkan pembangunan Syiar Islam di negara ini sejak dulu. Tolong #SEBARKAN seluas-luasnya.


𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗜𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗨𝗧𝗔𝗥𝗕𝗘𝗟𝗜𝗧 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗗𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗝𝗜𝗝𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗬𝗚 𝗖𝗥𝗘𝗗𝗜𝗕𝗟𝗘. 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗣𝗡𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗔$ 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗧𝗚𝗡𝗔. 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗚 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗧 𝗨𝗧𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗨𝗠𝗣𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗡𝗜. 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗣𝗔$ 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗖𝗛𝗜𝗔𝗩𝗘𝗟𝗟𝗜. 𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗥𝗔.

***************👇👇

𝗜𝗡𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗦 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠.


PENJELASAN INI BERDASARKAN SUMBER-SUMBER YANG SAHIH.


PENJELASAN INI DAPAT MENGHALANG TERSEBARNYA KEBOHONGAN YANG DITERBIT DALAM HARAKAHDAILY TENTANG SUMBANGAN DS ANWAR IBRAHIM.


****************

𝗣𝗘𝗡𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗜𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠?


𝙊𝙡𝙚𝙝 : 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙉𝙖𝙖'𝙞𝙢 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝙍𝙖𝙥𝙞


Tengah viral penulisan mengatakan bahawa idea penubuhan IIUM dan Bank Islam bukan daripada Anwar Ibrahim. Yang tulis tu pon entah siapa, dan penulisan tu pon cedok daripada laman web, bukan daripada sumber primer. Berikut merupakan bukti bahawa Anwar Ibrahim telah gerakkan idea Universiti islam dan bank islam sejak zaman mahasiswa, sebelum dia masuk UMNO.

****

Untuk Idea Bank Islam, ABIM telah gerakkan awal bermula dengan Koperasi Belia Islam KBI, Skim Pinjaman Tanpa Faedah dan Koperasi Angkasa. Boleh baca pada gambar yang disertakan bertajuk,

𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗕𝗜𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 KBI 1977-2000 yang ada memuatkan idea gagasan penubuhan Bank Islam. 

.

𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝟭 :

.

𝗣𝗞𝗣𝗜𝗠 & 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠


Idea penubuhan universiti Islam di Malaysia mulai digerakkan melalui penubuhan Kolej Islam Malaya pada 1955. Berdirinya Kolej Islam Malaya menjadi batu tanda awal ke arah gerakan intelektual muslim menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia.


Gagasan ini kemudian dikembangkan melalui peranan Profesor Ungku Omar Ahmad, Pengerusi Majlis Kolej Islam Malaya. Beliau telah membentangkan  kertas kerja bertajuk "Konsep Universiti Islam di Malaysia" dalam Seminar in Islamic Organization pada Ogos 1967 Kolej Islam Malaya.


Kemudian, dalam ucapan terakhir Allayarham pada tahun 1968 kepada pelajar-pelajar Kolej Islam Malaya, beliau mengemukakan hasrat bagi melihat Kolej Islam Malaya dinaik taraf sebagai sebuah universiti Islam dengan mengambil model kurikulum Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Aligarh, India.


Hasrat murni dan impian besar Prof Ungku Omar tidak dapat dilaksanakan apabila beliau meninggal secara mengejut pada keesokan akibat serangan jantung.


Perjuangan itu kemudian berhenti seketika sebelum disambung para mahasiswa Islam dan para siswazah Kolej Islam Malaya. PKPIM tidak terkecuali dan memainkan peranan aktif dalam perjuangan menubuhkan universiti di Islam.


Penglibatan PKPIM secara aktif dimulai pada 1968. PKPIM di bawah teraju Presiden, Tuan Ismail Daud bersama angkatan generasi ketika itu, 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, Wan Ismail Wan Ibrahim, Muhammad Nur Manuty, Nik Mustafa Shafie telah menganjurkan 'Kongres Kemajuan Islam Malaysia' bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaya.


Kongres selama empat hari itu telah menghimpunkan hampir 3000 ribu agamawan seluruh negara diadakan bagi mencari solusi terkait dengan idea-idea kemajuan umat Islam.


Antara resolusi penting kongres tersebut adalah gesaan kepada pihak pemerintah agar penubuhan universiti Islam di Malaysia segera dilaksanakan.


Selain itu, idealisme perjuangan universiti Islam turut disemerakkan melalui forum-forum yang digerakkan PKPIM bersama  PMIUM, bekas siswazah Kolej Islam Malaya dan ahli akademik.


Antara ahli akademik terkemuka yang bergerak cergas bersama PKPIM dalam perjuangan ini antaranya ialah Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, Allahyarham Ustaz Ibrahim Yasin dan Allahyarham Ustaz Hasan Saleh.


Kemuncak kepada sejarah perjuangan universiti adalah melalui langkah PKPIM yang dipimpin 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 (𝗗𝗮𝘁𝗼'𝗦𝗲𝗿𝗶) 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝗴𝗿𝗲𝘀 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟯-𝟳 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟭𝟵𝟳𝟭 𝗱𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗞𝗠).


Turut diundang untuk hadir ialah Ketua Biro Agama UMNO, Allayarham Syed Jaafar Albar dan Tuan Haji Suhaimi Kamaruddin. Menurut catatan Dr Mohd Nur Manuty, mantan Dekan Hal Ehwal Pelajar UIAM, timbul pertelingkahan kecil antara Anwar Ibrahim dan Allahyarham Tan Syed Jaafar Albar yang telah secara terbuka menolak idea penubuhan universiti Islam di Malaysia. Suasana kemudiannya ditenangkan oleh apabila Profesor Zainal Abidin Wahid, salah seorang pengasas UKM bangun menjelaskan kepentingan adanya sebuah universiti Islam di Malaysia.


Pada kongres berkenaan jugalah, dua resolusi penting telah dipersetujui iaitu penubuhan Universiti Islam harus disegerakan dan penubuhan ABIM sebagai wadah penerus idealisme perjuangan belia Islam di Malaysia.


Perjuangan PKPIM tidak berhenti di situ. Melalui sepucuk surat bertarikh 23 September 1969, 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 membuat permohonan terbuka kepada Al Marhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


PKPIM mendesak supaya :


1. Kerajaan menyatakan sikapnya yang tegas mengenai soal penubuhan Universiti Islam. Lanjutan dari itu, kerajaan perlulah dengan segera melantik sebuah Jawatankuasa Khas bagi membuat cadangan-cadangan serta persiapan-persiapan termasuklah soal dasar universiti, rancangan latihan, susunan atau rangka akademik dan sebagainya.


2. Kerajaan menjelaskan kedudukan serta taraf Kolej Islam Malaya sehingga tertubuhnya Universiti Islam nanti.


3. Majlis Kolej Islam Malaya menjelaskan peranan serta sikap yang jelas bersabit dengan taraf kolej ini dan soal penubuhan Universiti Islam.


4. Semua usaha dan tindakan ke arah penubuhan Universiti Islam mestilah dijalankan bersendirian tanpa melibatkan Fakulti Islam Universiti Kebangsaan dan Jabatan Pengajian Islam di Universiti Malaya.


Kemudian, Menteri Pelajaran pada ketika, Encik Khir Johari telah memilih Majlis Persidangan Agung Tahunan PKPIM mengumumkan kenaikan taraf Kolej Islam Malaysia menjadi Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai langkah awal merealisasikan universiti Islam di Malaysia.


Tidak dapat dinafikan, idealisme perjuangan PKPIM terkait universiti Islam juga dicernakan melalui perbincangan dalam usrah dan diskusi intelektual bersama Professor Syed Muhammad Naquib al Attas. 


Prof al Attas telah berjasa dan bertanggungjawab mengemukakan falsafah, konsep dan kurikulum melalui sepucuk surat kepada Sekretariat OIC di Jeddah pada 15 Mei 1973.


Hasilnya, intipati surat dan kertas kerja Profesor alAttas telah dibahaskan dalam 1st World Conference on Muslim Education pada 1977 di Makkah al Mukaramah. Malaysia telah diwakili Profesor Kamal Hasan dan Dr Mahathir Mohamed, Menteri Pendidikan ketika itu.


Akhirnya, berkat usaha dan komitmen pembesar para pejuang, agamawan dan intelektual Muslim, pada 20 Mei 1983 akhirnya tertubuhlah secara rasmi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di kampus Kolej Islam Malaya. 


Perjuangan para aktivis PKPIM selepas itu mulai tertumpu kepada mengisi cita-cita dan impian idealisme universiti pada struktur, program latihan mahasiswa dan pembabitan sebagai tenaga pengajar.


Ini termasuklah pengenalan sistem usrah (study-circle), kem ibadah dan pelbagai lagi modul pembangunan islami kepada mahasiswa, pensyarah dan komuniti UIAM. Antara individu-individu utama yang terlibat ialah Mustaffa Kamil Ayob, Saifuddin Abdullah, Omar Bin Jaafar, Abdul Rahman Quraish, Muhammad Nur Manuty dan ramai lagi tokoh PKPIM.


𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 : 𝗔𝗿𝗸𝗶𝗯 𝗣𝗞𝗣𝗜𝗠


𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝟮 :


Perjuangan menubuhkan universiti Islam dimulai lewat penganjuran Seminar Peradaban Islam pada 1968 di Universiti Malaya. Suatu kertas bertajuk "Konsep Universiti Islam" telah dibentang oleh Ungku Omar menjadi batu asas ke arah usaha merealisasikan universiti Islam di Malaysia 


1970, 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗞𝗣𝗜𝗠 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 𝗛𝘂𝘀𝗲𝗶𝗻, mengingatkan kembali kerajaan agar tidak berdolak-dalih dalam soal penubuhan Universiti Islam.


Pada 1971 bertempat di UKM,  PKPIM  menganjurkan Kongres Kemajuan Islam Malaysia telah membuat suatu penegasan ke arah usaha penubuhan Universiti Islam sebagai antara resolusi penting selaian daripada penubuhan ABIM. 


2018, PKPIM akan kembali ke UIAM bagi mengenang semula sebuah sejarah panjang perjuangan gerakan anak muda yang tidak akan pernah sesekali lupa jasa dan pengorbanan generasi terdahulu demi melihat negara yang kita cintai ini terus unggul dan dihormati dunia.


𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝟯 :


𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜


Beliau memberi contoh tentang profesyen guaman yang pada waktu itu didominasi oleh orang bukan Melayu. 


Pada waktu itu pengambilan ke jurusan undang-undang di IPTA amat terbatas. Di UM ditetapkan pengambilan 100 orang pelajar setahun dengan 50% Melayu dan 50% lagi bukan Melayu. 


Pengambilan pelajar jurusan undang-undang di UKM dan ITM juga terbatas. Begitu juga dengan IPTS, yang masih belum menawarkan jurusan undang-undang secara meluas. 


Tetapi pada 1988 UIA sudah menawarkan program Matrikulasi Undang-Undang dan pengambilannya yang mencecah lebih 300 orang setahun. 


Pada pandangan profesor ini, jika trend tersebut berterusan dalam tempoh 10 tahun akan datang, bidang undang-undang di Malaysia tidak lagi didominasi oleh orang bukan Melayu. 


Lebih-lebih lagi apabila graduan UIAM boleh berbahasa Inggeris, mempunyai pengetahuan dalam bahasa Arab, menguasai undang-undang Islam dan juga undang-undang sivil konvensional menjadikan mereka lebih diterima di pasaran. 


Terbukti apa yang dikhuatiri oleh profesor ini menjadi realiti pada waktu ini apabila Peguam, Hakim dan pengamal undang-undang lulusan UIAM dengan ditambah mereka yang lulus dari IPT yang lain menjadikan bidang ini sudah diceburi sepenuhnya oleh orang Melayu.


Lulusan Undang-undang dari UIAM perlu sedar tentang 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, termasuk dari Sabah dan Sarawak menjadi golongan profesional dalam bidang ini.


𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗥𝗘𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗧𝗛𝗠𝗔𝗡  

(kini Dato’ Profesor)

Pensyarah Sambilan Program Matrikulasi Undang-Undang UIAM, 1988- 1991.



No comments: