KENAPA TIDAK ISHAM JALIL SAJA YANG CADANGKAN SUPAYA UMNO BERPISAH DENGAN DAP?

 


Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, sambil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua kerana menggelar BN sebagai ‘pakatan korup’, turut mencadangkan agar DAP segera meninggalkan UMNO.

Menurutnya, Tony Pua dalam hal ini boleh memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup.

“Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU16.

“Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin DAP untuk tinggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan.

“Saya ‘ok’ sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari.

“Kamu sedia jadi pembangkang?” tanyanya kepada Tony Pua.

Berita penuh di sini – https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/8700/bn-sedia-jadi-pembangkang-dap-boleh-tinggalkan-umno—isham

Apalah punya pemikiran pemimpin UMNO yang seorang ini?

Kalau benar kamu ok jadi pembangkang, kenapa mesti menyarankan agar DAP yang meninggalkan UMNO?

Bukankah kamu salah seorang ahli MT UMNO, kenapa tidak cadangkan saja kepada UMNO agar keluar daripada kerajaan perpaduan dan memisahkan diri daripada DAP jika terguris hati dengan teguran Tony Pua itu?

Mengapa pula mesti Tony Pua yang mencadangkan kepada DAP agar meninggalkan UMNO?

Lagi pun, Tony Pua bukan berada dalam barisan kepimpinan tertinggi DAP, jadi tiada saluran untuk dia berbuat demikian.

Kamu yang ada saluran, buatlah jika benar-benar sedia sangat mahu jadi pembangkang.

Dan jangan tanya DAP sama ada ok atau tidak jadi pembangkang, parti itu sudah sekian lama pun memang jadi pembangkang pun.

Tapi tanya UMNO dan Zahid Hamidi dulu, benar-benar ok atau tidak jadi pembangkang? – ShahbudinHusin 25/06/2023.


No comments: