Ahaks.
************
Pengguna media sosial tampil mempersoalkan
tindakan personaliti terkenal, Ebit Liew, yang memuat naik usaha membantu
‘gelandangan’ Indonesia ketika individu terbabit didapati seorang pempengaruh
(influencer).
Bahkan wanita itu juga memiliki kira-kira
sejuta pengikut di TikTok.
Perhatian tertumpu ke Ebit selepas dia memuat
naik gambar dan video memaparkan pertemuannya dengan ibu tunggal dikenali
sebagai Mondy itu.
Penampilan wanita muda itu - yang dipanggil
adik oleh Ebit - juga pantas menarik perhatian, antara lain kerana imej punk
serta tatu pada tubuhnya termasuk di bahagian muka serta memakai pendakap gigi.
“Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di
Jakarta yang menyara anak kecil 4 tahun seorang diri.
"Wajahnya penuh tatoo termasuk dalam
matanya penuh tatoo. Cantik dan baik adik ni. Kehidupan anak punk jalanan.
"Dari kecil hidup susah dan di jalanan.
Masa kami mula sampai Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah
sewa tak mampu bayar tidur dijalanan.
“Saya tanya adik nak kerja. Dia kata ada ke
orang nak ambil saya kerja? Insya-Allah kami cuba carikan," kata Ebit
melalui hantaran tersebut.
Dia juga mendakwa Mondy menangis setelah
diberikan baju dan tudung, sementelah dia dikatakan mahu menjadi hamba tuhan
yang baik.
"Baik adik ni. Allahuakbar,” katanya.
Hantaran itu turut disertakan dengan beberapa
keping gambar memaparkan Mondy terbaring di tepi jalan beralaskan kotak ketika
disantuni figura terkenal berkenaan.
Ebit kemudian menghadiahkan Mondy jubah
selain turut membawanya ke Malaysia.
Susah celah mana
Mondy dilihat menukar penampilannya dengan
berjubah dan bertudung.
Bagaimanapun netizen mendedahkan status Mondy
sekali gus meragui kebenaran yang ada di sebalik usaha dibuat Ebit.
Semakan akaun TikTok miliknya @mondy_tatto
mendapati video-video diuat naik di situ merekodkan lebih 10 juta suka.
Malah terdapat juga video yang memaparkan
wanita itu memperagakan pakaian pengantin dengan solekan indah.
Selain komen-komen yang memuji ramai pengguna
Facebook mempersoalkan tindakan Ebit menyantuni individu berkenaan.
“Influencer buat paid review bagai, susah dan
di jalanan celah mana?” soal pengguna Facebook.
“Ini kan influencer punk di Indonesia, susah?
Hai tukang edit Ebit Liew punya page tak buat homework ke?
Awek ni bukan susah macam yang digambarkan
dia lagi masyuk kot.
"Influencer punk yang bergaji.
Harap-harap follower jangan bodoh sangat kena perdaya,” dakwa seorang yang
lain.
Sementara itu Malaysiakini sedang cuba
mendapatkan penjelasan lanjut daripada Liew dan Mondy berhubung perkara itu.